Pages

Wednesday, December 17, 2014

Mutakhir : Wajarkah Malaysia Mengunakan UAV Bersenjata?

 
Rata-rata ramai di antara rakyat Malaysia menyedari akan masalah pencerobohan pengganas daripada negara jiran.

Masalah ini bukan sahaja memalukan negara tetapi juga menjadikan ramai penduduk di negeri Sabah tidak begitu yakin akan jaminan keselamatan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi negara. bukan itu sahaja, malah industri pelancongan di Sabah turut sama menerima tempiasnya.


Tanggungjawab besar ESSCOM.

Walaupun jaminan demi jaminan telah diberikan bahawa perairan di sempadan negara telah dikawal ketat, pengganas dari negara jiran tetap berjaya menyeldup masuk membolosi sekatan dan melakukan penculikan.

Satu fakta mungkin tidak disedari ramai adalah perairan negara yang perlu diawasi dengan ketat adalah terlalu luas. Meskipun kerajaan telah memperuntukkan banyak aset termasuk bot-bot laju, radar dan anggota, ia seperti belum mencukupi untuk mengawasi zon tanggungjawab Esscom yang meliputi kawasan sepanjang 1733 kilometer dengan keluasannya sekitar 100,000 km persegi termasuk 486 buah pulau.

Tidak cukup dengan itu, masalah ini di tambah lagi dengan jumlah trafik yang cukup tinggi di perairan tersebut termasuklah aktiviti nelayan, perkapalan dan juga bot0bot pengangkutan awam. Perlu diingat bahawa jalan air adalah cara pengangkutan utama di kawasan tersebut yang menghubungkan di antara kampung ke kampung. 

Hal ini menjadikan tugas pasukan keselamatan semangkin sukar terutamanya untuk mengenalpasti pengganas danmemudahkan aktiviti penyusupan masuk oleh anasir-anasir subversif dan agen-agen yang membantu pengganas.

Jarak di antara kawasan pantai dengan sempadan perairan negara yang dekat juga tidak membantu. Hal ini membolehkan pengganas sampai ke kawasan sasaran dengan pantas sesudah menyusup masuk dan menyusup keluar sebelum pasukan keselamatan sempat bertindak.

Ada kawasan di perairan Sabah yang terletak kurang 100 kilometer daripada perairan antarangbangsa dan secara teorinya sebuah bot laju boleh menyusup keluar daripada kawasan tersebut dalam masa singkat. Sekalipun dapat dikejar dan dipintas, pengganas selalunya akan membuang senjata mereka dengan pantas ke dalam laut dan menyamar sebagai orang awam.

Hal ini akan menidakkan bukti dan menyukarkan pasukan keselamatan untuk mendakwa mereka di Mahkamah.

Jadi secara ringkasnya bolehlah dirumuskan bahawa pasukan keselamatan memerlukan aset yang mampu meronda kawasan yang luas dalam masa yang singkat, mempunyai sistem penderia yang canggih dan mampu mengenalpasti sasaran dalam semua keadaan cuaca, siang ataupun malam serta mampu meronda dalam tempoh yang lama.

Maka pengunaan UAV bersenjata adalah pilihan terbaik untuk pasukan keselamatan negara bagi menangani permasaalahan ini. Pesawat tanpa pemandu atau Unmanned Aerial Vehicle ( UAV) telah banyak di gnakan oleh negara-negara maju di dunia.

Kelebihan UAV bersenjata adalah dapat bertindak dengan pantas apabila pencerobohan dapat di kesan. Sebab kumpulan pengganas yang menceroboh perairan negara sentiasa bertindak pantas untuk mengelak daripada dikesan oleh pasukan keselamatan.

Sekalipun jika dapat dikesan, masa diambil untuk mengumpul aset untuk menyekat atau memburu kumpulan pengganas tersebut akan membolehkan mereka memboloskan diri ke perairan negara jiran.

Dengan UAV bersenjata tindakkan pantas boleh dilakukan terus. Kelebihan ini boleh dimenafaatkan dan memberi penceroboh berfikir banyak kali jika mahu membuat onar di negara kita. 

Kesimpulannya

UAV bersenjata telah terbukti berkesan dalam konflik menentang insugensi di Afghanistan dan bertanggungjawab terhadap serangan demi serangan yang memaksa kumpulan pengganas di Pakistan bersembunyi untuk mengelak dimusnahkan.

Kelebihan yang ditawarkan oleh UAV bersenjata adalah agak unik dan jika digunakan dengan betul, ia bukan sahaja membantu memantau serta memastikan perairan negara sentiasa dikawal ketat, malah mampu menjadi cegah rintang terhadap pencerobohan di masa hadapan.

 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.