Alot Setar – Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri itu boleh menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata tindakan itu juga menunjukkan Lim tidak ikhlas dan kenyataan itu dibuat atas dasar kepentingan politik.
“Saya terkejut bagaimana Guan Eng boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ia bercanggah dengan enakmen dan fatwa yang ditetapkan (di peringkat kerajaan pusat).
“Sebagai Ketua Menteri beliau mesti pertahankan undang-undang yang ada di peringkat kebangsaan dan negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini Selasa.
Lim dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat sebagai berkata bahawa bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah Allah.
MTMR nampak merepek meraban Lim ni. Selayaknya segera di pecat dari Jawatannya sekarang? kerana selaku seorang pemimpin takkanlah tidak tahu perkara asa berkenaan kalimah Allah?
Menurutnya larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam. -BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.