Pages

Tuesday, October 14, 2014

Terkini:Tentera laut Rusia bakal mempunyai komplek pengintip moden untuk mendapat Informasi intelijen.

Kapal-kapal Tentera Laut Rusia tak lama lagi akan diperkuatkan oleh sebuah kompleks pengintai moden yang terintegrasi dalam mendapatkan maklumat perisikan, yakni sistem penyiaran luar angkasa pelbagai fungsi Liana. Hal tersebut disampaikan oleh seorang narasumber dari dunia industri tentera pada RIA Novosti. Selain mengukuhkan kapal perang Tentera Laut, Liana rencananya juga dirancang untuk melayani sistem pertahanan pinggir pantai yang mempunyai persenjataan roket.

Berdasarkan maklumat dari narasumber, Liana adalah sistem yang terdiri daripada empat satelit radar pengawasan dan berada di ketinggian kira-kira seribu kilometer di atas permukaan bumi. Keempat satelit ini akan terus memantau kehadiran dan pergerakan objek musuh di darat, udara, dan laut.

Sang narasumber menjelaskan pada RIA Novosti bahawa belum lama ini di Armada Utara Rusia telah berjaya melakukan uji coba penggunaan kompleks pengintai untuk objek perairan yang pertama pada salah satu kapal perang milik armada tersebut. Maklumat pergerakan dan lokasi objek perairan tersebut didapat dari sistem penyiar Liana. Menurut sang narasumber, dalam waktu dekat kompleks pengintai ini akan digunakan dalam kekuatan Tentera Laut Rusia.

Ia pun menerangkan, selain dibangunkan khusus untuk kapal-kapal perang milik Tentera Laut Rusia yang mempunyai persenjataan peluru berpandu jarak jauh, kompleks ini juga akan digunakan untuk mengukuhkan sistem pertahanan pinggir pantai yang menggunakan persenjataan peluru berpandu.

Sistem penyiar luar angkasa pelbagai fungsi Liana yang direka untuk mencari objek bergerak di perairan secara real-time telah digunakan oleh Tentera Laut Rusia sejak 2009 lalu. "Kompleks kapal penerima maklumat dari sistem penyiar Liana yang diciptakan sebelumnya memerlukan pemodenan untuk memastikan kejayaan proses integrasi, dan itu telah dilakukan," kata sang narasumber.

Adapun sokongan teknikal aktif pada uji coba kompleks pengintai di perairan yang pertama telah diberikan oleh para tenaga ahli dari agensi pembinaan Rubin dan pusat penyelidikan Zavod Leninets, bahagian dari syarikat kerajaan Rostech. Narasumber tersebut menyebutkan bahawa kompleks pengintai tersebut akan menggantikan sistem lama buatan Kesatuan Soviet, Legenda, yakni sistem satelit pengintai dan pelacak di luar angkasa dan perairan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.