Pages

Thursday, October 9, 2014

Mutakhir: Tips Menjadi Pemimpin Yang Dihormati, Disegani Lagi Disenangi

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap kamu adalah pemimpin. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji/pembantu adalah pemimpin kepada harta benda majikan yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


Lihat pada diri kita, status rumahtangga kita, kerjaya kita, jawatan kita, dan pangkat kita dalam apa sahaja institusi samada kekeluargaan, perniagaan atau sosial. Itu semua adalah petanda bahawa di bahu kita terpikul satu amanah untuk memimpin manusia yang berada di dalam radar kawalan kita. Pada pengamatan, pembacaan dan hasil diskusi dengan orang-orang di sekeliling, saya menyimpulkan beberapa tips penting di bawah agar seorang pemimpin tidak mensia-siakan orang yang dipimpinnya.

1.  Dalam kepimpinan, seorang pemimpin perlu seimbangkan dua perkara iaitu perjalanan operasi dan pengurusan sumber manusia. Pemimpin yang hanya memikirkan kecemerlangan operasi sistemnya tanpa mengambil peduli hal-ehwal dan kebajikan orang yang dipimpinnya sukar memperoleh kesetiaan dan kehormatan dari orang yang dipimpin.

2. Seorang pemimpin perlu memposisikan manpower, tenaga kakitangannya atau orang yang dipimpinnya di tempat yang sesuai dengan potensi dirinya. Jika ini tidak berlaku, maka ledakan potensi diri setiap individu itu sukar berlaku. Potensi diri boleh diasah melalui training, dan mentoring dalam jangkamasa yang ditetapkan sebelum dibiarkan berjalan dan berlari sendiri dengan penyeliaan yang minima.

3. Sekiranya orang yang dipimpin dilihat agak menyeleweng dari operasi atau agenda institusinya, maka teguran boleh dibuat oleh pemimpin dengan cara face to face. Seterusnya masa boleh diberikan bagi membuka peluang baginya membetulkan keadaan tersebut. Agak kurang “gentleman” sekiranya orang yang dipimpin tersebut disingkirkan tanpa sebarang konfrontasi, malah mungkin akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan masalah-masalah lain dari pihak orang yang dipimpin.

4. Pemimpin yang sebenar adalah pemimpin yang boleh memberi cabaran kepada orang yang dipimpinnya agar melakukan perkara yang lebih besar. Leka dengan pencapaian yang sedia ada dan menurunkan taraf prestasi dengan perkara-perkara kecil adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dari seorang pemimpin.

Marilah sama-sama kita bayangkan betapa harmoninya institusi yang kita bina jika tips-tips yang mudah ini berjaya diamalkan. Selamat beramal

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.