Pages

Tuesday, October 28, 2014

Mutakhir : Bukti Kesalahan yang di lakukan oleh Rakyat Malaysia - #RakyatHakimNegara

Ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.

Kemudian, mereka berarak kira-kira 200 meter dari pintu pagar sebelum berhenti seketika bagi menunggu ketibaan Anwar untuk bergerak ke Dewan Tunku Canselor.

Sementara itu, kira-kira jam 9.40 malam Anwar bersama keluarganya tiba di UM dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan mereka mula berarak bersama-sama ke Dewan Tunku Canselor.

Menyampaikan ucapan atas pacuan empat roda itu di depan dewan itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol mencerita sejarah perjuangan mahasiswa UM untuk rakyat.

Beliau juga sedia berdepan dengan tindakan displin daripada pentadbiran universiti selepas ini.

"Saya tahu pihak UM marah dengan saya. Saya sedia menerima hukuman termasuk dibuang universiti," katanya.

Kemudian, Anwar pula memulakan ucapannya dengan mempersoal pentadbiran kampus mahu menghalang beliau berucap di kampus itu

"Saya dihina dan dikeji 16 tahun. Apa salah saya datang bercakap di sini?" katanya sambil mengucap terima kasih dan tahniah kepada Fahmi dan pelajar UM.

Dalam ucapannya juga Anwar yang juga ketua pembangkang berharap pertuduhan berhubung kes liwat terhadapnya dilucutkan

"Saya wajib dibebaskan dengan menggunakan undang-undang hak asasi yang ada. Sheikh Al-Qardawi utus kenyataan kepada Anwar supaya lucutkan pertuduhan ke atas saya.

"Saya masih menaruh harapan hakim lucutkan pertuduhan kepada saya," katanya.

MP Permatang Pauh itu juga menyifatkan para mahasiswa sebagai "suara kesedaran" kerana berani menentang ketidakadilan dan memuji Fahmi Zainol kerana memilih untuk melawan.

Menyimpulkan ucapannya, kira-kira jam 10.30 malam, bekas timbalan perdana menteri itu memegang dan mengangkat tangan Fahmi sambil menyifatkannya "harapan anak bangsa."

Peserta kemudiannya mulai bersurai dan kebanyakan mereka mengekori pacuan empat roda yang dinaiki Anwar menuju ke pintu pagar Kuala Lumpur.

Sebelum itu, keadaan hujan rintik-rintik peserta berkumpul di luar pintu pagar memandangkan pihak keselamatan kampus menutup laluan masuk ke kampus perdana untuk sebarang lalu lintas.

Ada juga di kalangan peserta membuka payung masing-masing.

Pentadbiran kampus itu tidak membenarkan pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya itu kerana tiada permohonan dibuat.

Antara pemimpin yang dilihat hadir MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sean bersama beberapa penyokong PKR menaiki sebuah kereta dan memasang sistem audio.

Turut kelihatan ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling, ADUN Rawang Gan Pei Nie, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shahrin, aktivis siswa Safwan Anang dan pensyarah Dr Azmi Sharom sebagai pemantau.

Mahasiswa dan penyokong Anwar turut melaungkan "student power" dan "hidup rakyat" sambil meminta pihak keselamatan membuka pintu pagar.

Ini kerana kelihatan sekumpulan pelajar dilarang meninggalkan kawasan kampus menyebabkan siswa yang di luar pintu pagar melaungkan:

"Lepaskan mereka, mereka juga mahu bersama dengan kami," kata mereka.

Pelajar yang awalnya dilarang keluar bagaimanapun dilepaskan selepas perbincangan diadakan.
 
Nota: 1
 
Hakim Negara dan IGP memang biarkan Anuwar Ibrahim bebas agar sempat bertaubat. Agar saudara Anuwar Ibrahim tahu bahawa tindakkannya adalah salah di sisi undang-undang negara,

Nota: 2

Tahukah anda sekiranya tuduhan SOSMA di kenakan ke atas anda. Sabit kesalahan atas pertuduhan SOSMA anda boleh di jatuhkan hukuman mati.

Nota: 3

Adakah rakyat Malaysia sememangnya mahu di ajar secara kekerasan. Fahamilah rakyat Malaysia sedangkan zaman Komunis Angkatan bersenjata Malaysia boleh tumpaskan apalah sangat setakat beruk-beruk yang tak ada OTAK yang masuk menceroboh UM. Boleh bakar hidup-hidup.

Sedangkan Pencerobohan SULU di Sabah lengkap bersenjata Pasukan Keselamatan kita boleh usir dan musnahkan, apalah sangat beruk-beruk yang masuk pecah pintu pagar UM.

Semoga menjadi peringatan dan pengajaran kepada yang lain. MTMR ingatkan bukan lain tujuanku, sayangi negara tercinta ini. Tanah Tumpahnya darahku.
 
#HapuskanISAHapuskanPolitik
#RakyatHakimNegara 
 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.