Pages

Monday, August 18, 2014

TERKINI: LAGI KEJAYAAN PPM PENGERANG-ROKOK ELAK CUKAI BERNILAI RM2.8JUTA DIRAMPAS

Kota Tinggi,15 Ogos 2014-Bertindak atas maklumat,sepasukan (12) orang pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 2 telah membuat serbuan aktiviti pemunggahan rokok dipercayai diseludup di sebuah ladang sawit berhampiran Sungai Punggai,Sungai Rengit,Kota Tinggi.

Hasil serbuan tersebut telah berjaya menahan sebuah Lori jenis Hino dan (2) buah van jenis Mercedes dan Toyota. Turut ditahan adalah (3) orang lelaki tempatan berusia antara 26 tahun sehingga 48 tahun.

Sebanyak 279,500 paket rokok pelbagai jenis telah dirampas dengan nilai sejumlah RM 2,817,360.00

Tangkapan dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam dan kes disiasat dibawah Sek. 135(1)(d) AKTA KASTAM 1967.

Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai apa jua kesalahan dan salurkan kepada pihak polis melalui pelbagai saluran.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.