Pages

Wednesday, July 16, 2014

Terkini: Mangsa Culik Konstabel Zakia dijangka bebas sebelum Aidilfitri

 
KUALA LUMPUR - Anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakia Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas, dijangka dapat dibebaskan sebelum Aidilfitri.
...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk membawa anggota polis berusia 26 tahun itu pulang ke pangkuan keluarganya sebelum Aidilfitri, akhir bulan ini.

"Malam tadi mangsa menghubungi ibu dan isterinya. Dia maklumkan dia berada dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun, kami sedang melakukan usaha yang terbaik untuk membawa pulang anggota itu, jika boleh, sebelum raya.

"Kita dah hubungi kumpulan penculik itu, tetapi eloklah kita tidak membincangkan secara terbuka di sini demi keselamatan mangsa," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Aidilfitri kepada warga polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak sementara Zakia diculik oleh kumpulan berkenaan ketika mangsa menjalankan tugas rondaan di resort berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.