Pages

Saturday, July 5, 2014

MTUC cadang Cola pekerja swasta diwajibkan

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan mewajibkan majikan swasta membayar elaun sara hidup (Cola) kepada pekerja mereka.
  
Timbalan Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, perkara itu boleh dilaksana menerusi perintah gaji minimum yang sudah dikuat kuasa oleh kerajaan.

"Saya menyeru kementerian mengambil peluang memasukkan Cola ke dalam (perintah) gaji minimum, jadikan akta, wajib bayar dan siapa yang tidak bayar dihukum RM10,000 atau dipenjara," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
  
Pada Disember lalu MTUC mencadangkan agar Cola sebanyak RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
  
Bagaimanapun Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menolak cadangan itu kerana dilihat akan membebankan majikan.
  
Sementara itu, Presiden MTUC Khalid Atan ketika dihubungi Bernama, berkata berikutan pendirian MEF tersebut, MTUC meminta kerajaan campur tangan bagi mencari kata sepakat.
  
"Kerajaan perlu campur tangan dan MTUC tidak akan menolak sekiranya perlu untuk duduk bersemuka dan mengadakan perbincangan bersama," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.