Pages

Friday, July 11, 2014

Mahkamah Tinggi perintah Manohara, ibu bayar ganti rugi RM6 juta kepada suami

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan model Indonesia, Manohara Odelia Pinot dan ibunya membayar ganti rugi RM6 juta kepada suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dalam kes saman fitnah.

Pada 5 November 2009, Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff membenarkan Tengku Muhammad Fakhry memperoleh perintah ingkar terhadap Manohara dan ibunya Daisy Fajarina selepas mereka gagal melantik peguam bela baru untuk mewakili mereka.

Perintah ingkar ialah keputusan yang menyebelahi plaintif apabila defendan tidak memberi jawapan terhadap saman yang difailkan terhadapnya atau gagal hadir di mahkamah.

Melalui saman yang difailkan pada 20 Julai tahun lalu, putera Sultan Kelantan itu mendakwa Manohara dan ibunya secara palsu dan berniat jahat memfitnah beliau dalam satu sidang media di antara April dan Jun tahun lalu apabila mendakwa Manohara didera.

Selain saman fitnah berkenaan, Tengku Muhammad Fakhry juga memfailkan dua saman terhadap Manohara di Mahkamah Syariah dengan meminta isterinya kembali tinggal bersamanya dan membayar balik wang bernilai hampir RM1 juta yang didakwanya dipinjam oleh Manohara.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.