Pages

Monday, July 7, 2014

CJ: Larangan 'Allah' bukan kerana isu teologi

Larangan penggunaan kalimah Allah oleh Kementerian Dalam Negeri bukan berdasarkan aspek teologi, kata Tun Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria.

Arifin, yang menulis kebanyakan penghakiman dalam rayuan gereja sebelum ini memutuskan isu-isu teologi yang dibawa ke Mahkamah Rayuan dianggap obiter (pandangan yang tidak perlu untuk keputusan kes).

Walaupun tidak menyatakan aspek mana yang dianggap sebegitu, antara perkara penting dalam penghakiman itu adalah kenyataan hakim bahawa kalimah Allah bukan sebahagian daripada kepercayaan Kristian.

Menulis dalam penghakiman 38 halaman, Arifin menyebut, jelas keputusan menteri tidak berdasarkan pertimbangan agama dan pandangan yang dinyatakan hakim Mahkamah Rayuan hanya bersifat obiter.

Penghakiman itu telah dibuat naik ke laman rasmi Mahkamah Persekutuan.
 



No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.