Pages

Thursday, June 26, 2014

SOALAN BANTAH TPPA KEPADA FMM: SIAPA YANG “MELINDUNGI SEJUMLAH PEMAIN” DAN SIAPA YANG “TIDAK BEGITU BIJAK”?

 
Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Datuk Saw Boon Choon yang tampil memberi sokongan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Bagi pihak Bantah TPPA, kami percaya isu ini tidak dibincangkan secara meluas kerana isunya yang teknikal.

Dalam satu laporan berita semalam, Datuk Saw berkata mereka yang membantah perjanjian ini sengaja mahukan Malaysia keluar daripada TPPA kerana "tidak benar-benar memahami faedahnya".


Sambung beliau lagi, ianya "tidak begitu bijak" untuk melindungi beberapa pemain dengan mengorbankan ekonomi negara, di mana 60 peratus daripadanya terdiri dari perdagangan.

Bantah TPPA menyokong kenyataan beliau dalam erti kata ia "tidak begitu bijak" untuk melindungi beberapa pemain, tetapi tidak seperti apa yang dimaksudkan Presiden FMM itu.

Menurut laman webnya, FMM mewakili 2,500 syarikat pembuatan dan industri perkhidmatan pelbagai skala.

Ia bagaimanapun, tidak menyokong 30 juta rakyat Malaysia yang sentiasa memikirkan kualiti kehidupan mereka di sektor-sektor lain.

Oleh itu, kita perlu tanya   diri kita sendiri; siapakah yang sebenarnya melindungi "sejumlah pemain" dengan mengorbankan kebajikan sebuah negara?

Adakah FMM menyokong perusahaan milik negeri yang menggaji berjuta-juta pekerja Malaysia dan menyokong program-program sokongan pembangunan vendor (VDPs) untuk membuka pintu mereka kepada pemain asing, sekali gus melupakan tunas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?

Dan apakah yang menghalang ahli-ahli FMM daripada berdagang di Amerika Syarikat dalam keadaan semasa dunia masa kini?

Dalam banyak persembahan dan ceramah mereka, penyokong TPPA mengatakan akan ada "keuntungan" sekiranya kita menandatangani perjanjian ini. Seperti dicadangkan buat masa ini, penyokong TPPA juga sering mendakwa tarif sejumlah eksport akan dikurangkan - dari sebanyak 30 peratus - kepada sifar, sekiranya perjanjian perdagangan bebas ini berlaku.

Walau bagaimanapun, seperti semua negara-negara TPPA adalah ahli-ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Malaysia telahpun menerima tarif yang rendah di kalangan semua negara-negara TPPA yang lain. Tambahan pula, Malaysia telah pun membuat perjanjian perdagangan bebas dengan semua negara-negara TPPA kecuali Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat.

Bagi negara-negara ini, nombor ini menunjukkan secara purata, tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas barangan dan produk Malaysia hanya pada 3 peratus atau lebih. Begitu juga dengan Kanada yang kini mengenakan kadar purata hanya 6 peratus ke atas semua barangan dan produk tempatan yang diimport ke negara itu.

Jadi kami bersama mencadangkan hanya segelintir perniagaan atau industri dari Malaysia yang benar-benar mendapat manfaat daripada pengurangan tarif yang dikenakan ke atas produk mereka yang kini tinggi (di kelompok 30 peratus atau lebih). Mungkin tekstil dan pakaian? Tetapi AS tetap berkeras melalui “Yarn Forward Rule’ mereka seperti dalam semua perjanjian dagangan bebas - tekstil dan pakaian tidak boleh mendapat manfaat daripada TPPA - seperti apa pengeluar tekstil dan pakaian pengeluar murah dari Vietnam telah akur.

Dengan ini, berjuta-juta barangan dan perkhidmatan Malaysia yang dieksport ke Amerika Syarikat hanya akan mendapat manfaat secara cuai daripada pengurangan kepada sifar memandangkan tarif ke atas barangan ini sudah sangat rendah.

Jika ini yang berlaku - dan kami secara rendah diri menyatakan kami tidak 100 peratus pasti kerana kos dan faedah TPPA yang sebenar tidak pernah didedahkan walaupun ini masuk tahun keempat Malaysia menjalani rundingan perjanjian itu – satu kelebihan TPPA yang sebenar memandangkan ia sedang dirundingkan merupakan "sejumlah pemain" sebenar yang dirujuk Datuk Saw.

Di samping itu, adakah FMM menyokong pengguna yang perlu membayar harga lebih tinggi untuk ubat-ubatan yang mana mengurangkan peluang ahli-ahli mereka untuk menghasilkan ubat hasil lanjutan paten, sehingga secara terang mampu menafikan akses kepada rakyat Malaysia?

Selain itu, adakah ini bermakna bahawa Saw tidak peduli sekiranya Malaysia didakwa di tribunal antarabangsa dengan tuntutan berbilion-bilion ringgit melalui bab penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS)?

Kami juga dapati ianya cuai bagi Saw untuk mewakili ahli-ahlinya di kalangan industri tekstil dengan mengatakan ia akan membuka pasaran yang lebih besar apabila kerajaan Amerika meneruskan dasar “Yarn Forward” mereka, yang membolehkan hanya tekstil Amerika yang lebih mahal digunakan untuk perniagaan di Malaysia.

Bantah TPPA faham bahawa Presiden FMM mungin menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak patut berbuat demikian apabila TPPA mengancam akses kepada perubatan untuk berjuta-juta orang, mengancam pengalihan polisi dasar yang tertentu, mengancam perusahaan milik negara yang menggaji berjuta-juta pekerja, dan juga kehilangan berbilion-bilion ringgit serta kerosakan alam sekitar.

Malaysia mekar sebagai sebuah negara perdagangan, kami telah berjaya menjana RM1 trilion tanpa TPPA. Dengan itu, kami ingin mengulas Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad; jika kita boleh capai matlamat ini tanpa TPPA, mengapa perlu bebani diri kita dengannya?

Kami meminta Saw untuk menimbang semula pendiriannya dan mula mempertimbangkan kaedah-kaedah lain untuk meningkatkan perdagangan untuk ahli-ahlinya tanpa memberi kesan terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Tambahan pula, dalam bentuknya yang sedia ada hari ini dan melalui taklimat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kita tahu bahawa rundingan TPPA masih dijalankan tanpa ketelusan mahupun sebarang penglibatan aktif daripada masyarakat umum. Selain itu, kerajaan masih belum menerbitkan laporan Analisis Faedah Kos (CBA) untuk membuktikan perjanjian ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Oleh itu, tidak ada asas untuk sesiapa pun dengan pertimbangan yang wajar untuk menyokong perjanjian ini. Dengan ini kami ingin bertanyakan kembali Presiden FMM; siapakah sebenarnya yang "tidak begitu bijak" di dalam medesak menandatangani perjanjian ini?

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.