Pages

Saturday, June 28, 2014

Mutakhir: Desaru-Senai Expressway (SDE) atau lebuhraya E22. Lebuhraya yang tak serupa lebuhraya???

Bermula tepat jam 12.00 tengah malam (10 Julai 2011),kadar bayaran tol Desaru-Senai Expressway (SDE) atau lebuhraya E22 untuk kereta adalah seperti di bawah:

Dari tol Senai ke tol Penawar (Desaru) adalah RM11.20.

Dari tol Tiram ke tol Penawar (Desaru) adalah RM8.20.

Dari tol Cahaya Baru (Pasir Gudang) ke tol Penawar (Desaru) adalah RM5.90.

Jika dari Senai ke Tiram, bayaran tol masih lagi seperti dahulu iaitu RM3.70.Dan jika dari Tiram ke Cahaya Baru (Pasir Gudang) bayaran tol juga masih sama iaitu RM4.70.


Jarak perjalanan dan masa kini lebih dekat dan pantas apabila menggunakan laluan SDE ini. Jika anda hendak ke Pasir Gudang atau Kota Tinggi, ini adalah laluan alternatif untuk menghindarkan dari kesesakan lalu lintas yang teruk terutama pada hari cuti umum dan musim perayaan.Anda juga boleh melihat dan merasai pengalaman melalui jambatan Sungai Johor yang tersergam indah dan menjadi mercu tanda baru negeri Johor Darul Takzim.

MENDUKACITAKAN:

Sungutan dari orang ramai perlu di ambil kira oleh pihak pengurusan SDE. Sebelum ini terdengar desas desus yang mengatakan kerap kali berlaku kesesakan di Lebug Raya dari arah Pasir Gudang ke Desaru atau sebaliknya dari Desaru menuju Pasir Gudang.

MTMR meninjau sendiri keadaan tersebut. Dari pemantauan MTMR memang berlaku kesesakan apabila baik pulih jalan yang rosak. Tetapi yang menghairankan MTMR mengapa kekerapan kerosakkan boleh di katakan terlalu kerap.

Contoh bergambar 4/06/2014
Contoh bergambar 24/06/2014
Sehingga 27/06/2014 Jambatan satu lorong. Kerap kali keadaan ini berlaku. Mengapa?

Adakah adil lebuh raya yang di kenakan TOL tetapi mempunyai kualiti  yang sama taraf dengan jalan raya biasa? Penguna tidak ada masaalah untuk membayar TOL tersebut tetapi adakah ianya merupakan lebuhraya yang sebenar yang sepatutnya di kenakan TOL?
MTMR berharap supaya kerja-kerja baik pulih dapat di rancang dengan baik supaya hak pengguna jalan raya yang membayar TOL berpuas hati dan selesa.

MTMR mencadangkan baik pulih jalanraya tidak di lakukan waktu-waktu kemuncak seperti hari Sabtu dan Ahad. Waktu orang ramai pergi kerja dan balik kerja. Waktu-waktu kelepasan AM atau Hari-hari Perayaan.

MTMR Penguna setia Lebuhraya Pasir Gudang Desaru. Akan terus mengikuti perkembangan Desaru-Senai Expressway (SDE).

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.