Pages

Tuesday, June 10, 2014

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan upacara pengebumian Wanita berusia 38 tahun.

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan satu upacara pengebumian seorang wanita berusia 38 tahun mengikut adat Cina kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.

Laporan The Star Online menyebut, Teoh Cheng Cheng merupakan seorang Islam dan namanya sudah ditukar menjadi Nora Teoh Abdullah.

Pihak berkuasa tersebut membawa mayat Teoh pada kira-kira jam 3.50 petang selepas berunding dengan anggota keluarga berkenaan sejak tengahari.

Teoh meninggal dunia akibat terjatuh pada hari Sabtu lalu dan dikatakan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam.

Perkembangan itu berlaku hanya seminggu selepas pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor menghentikan satu upacara perkahwainan Hindu.

Dalam kejadian di Petaling Jaya itu, JAIS turun menahan pengantin perempuan, Zarina Abdullah Majid, yang didakwa sebagai seorang penganut Islam.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, wanita didakwa mualaf itu memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya dan tinggal di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum bersama teman lelakinya dan empat anak mereka.

Pengarah JAIPP Datuk Sazali Hussein berkata menurut rekod jabatan berkenaan, wanita itu memeluk Islam pada 1997 dan menukar namanya kepada Nora Teoh Abdullah. 

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan Allahyarham kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata JHEAIPP telah melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. 

"Memang ada bantahan...kita sedang melakukan yang terbaik kerana kita ada semua bukti dan rekod mengatakan bahawa wanita itu adalah seorang Islam," katanya.

Berikutan perkara itu upacara pengebumian Teoh mengikut adat Cina yang dijadual selesai lewat petang semalam di perkarangan pangsapuri berkenaan tergendala apabila pegawai JHEAIPP tiba dan menuntut mayatnya pada pukul 2.30 petang.

Selepas berunding hampir tiga jam keluarga Teoh akhirnya membenarkan keranda wanita itu dibawa ke HPP untuk tindakan lanjut. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.