Pages

Saturday, May 31, 2014

Mutakhir : Kapal tangki minyak Thai dipercayai dirampas - IMB

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal tangki minyak diesel Thai yang membawa 14 anak kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Indonesia dipercayai dirampas, demikian menurut Biro Maritim Antarabangsa (IMB) hari ini, menjadikan ia kes kedua terbesar dalam tempoh sebulan di laluan antarabangsa paling sibuk di dunia itu.

“Ia mungkin dirampas. Kita sudah menghantar isyarat supaya kapal-kapal yang berada di kawasan itu untuk mengawal dan pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai perkara ini,” kata ketua Pusat Laporan Lanun IMB yang berpangkalan di sini, Noel Choong, hari ini.
 
Pihak berkuasa terputus hubungan dengan MT Orapin 4 selepas ia berlepas dari pangkalan di Singapura pada 27 Mei, menurut laporan IMB.

Kapal tangki minyak berkenaan dalam perjalanan menuju ke Pontianak, Indonesia. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.