Pages

Wednesday, January 1, 2014

Perundangan Malaysia perlu dikaji semula.

Budaya manakah cara untuk mendesak kerajaan melalui himpunan haram dan tunjuk perasaan dengan mengheret orang ramai untuk berdemo?

Perkara ini jika tidak di atasi dan di urus dengan sempurna akan menjadi kebiasaan dan lama-kelamaan menjadi ancaman kepada negara. 

Kebebasan bersuara tidak semestinya kebebasan membuat apa sahaja mengikut pendapat dan perasaan suka sendiri. Peraturan dan Perlembagaan negara juga perlu di patuhi.


Ahli Politik sekarang di harap lebih berfikiran terbuka dan merancang untuk berlumba-lumba membantu rakyat. Permasaalahan rakyat hendaklah di utamakan dari kepentingan diri.

Ahli Politik juga di ingatkan supaya jangan terlalu menjaga golongan Koprat dan hartawan. Mereka sememangnya berkemampuan untuk membina kekuatan ekonomi mereka sendiri. Tetapi rakyat memerlukan pembelaan dari wakil-wakil mereka bagi membantu mengurangkan bebanan hidup yang semangkin menghimpit kehidupan rakyat.

Kerajaan pula seharusnya memikirkan kesan dan akibat sekiranya ingin menarik semula subsidi yang kerajaan keluarkan kepada rakyat. Sebagai contoh apa gunanya kerajaan memberi bantuan BR1M yang di berikan setahun sekali. Dengan rakyat menghadapi perbelanjaan yang di hadap dan di tanggung hari-hari.

Pada pendapat saya biarkan subsidi sedia ada atau kerajaan mengeluarkan tambahan bantuan subsidi seperti Minyak Petrol. Sebab Minyak Petrol apabila sudah naik sememangnya susah untuk turun. Apabila barangan naik akibat dari harga minyak naik. Kerajaan juga didapati gagal dalam mengawal kenaikan harga barang.

Ini menyebabkan satu peluang untuk kerajaan di serang oleh pembangkang dan rakyat yang sememangnya mudah terpengaruh dengan Idea pembangkang.

Berbalik kepada himpunan Haram #TURUN 31DIS. Sedikit sebanyak menjejaskan Imej dan suasana tegang di antara rakyat dan pihak keselamatan. Perkembangan ini merupakan amalan tidak sihat bagi negara membangun atau negara yang sedang menuju era WAWASAN 2020.

Walaupun kenaikan harga barang atau apa jua kenaikan memang tidak di sukai oleh rakyat. Tetapi bagaimana kita memenangi hati rakyat sebelum sesuatu perkara itu di laksanakan. 

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia yang di kasihi. Sebelum melaksanakan satu-satu dasar atau membuat sebarang keputusan turun dahulu kepada rakyat. 

Bukan niat MTMR untuk mengajar YAB Perdana Menteri. Tetapi sebagai ketua mesti membuat keputusan dengan bijak. Supaya keputusan kita tidak menyusahkan anak cucu kita akan datang. MTMR tidak mahu sentuh tentang kenaikan harga barang. Tetapi mungkin akan di ulas dalam penulisan artikal yang lain.

Oleh kerana Suasana sekarang menyebabkan MTMR terpanggil untuk menyentuh akibat bila kita sebagai yang di beri kuasa membuat keputusan yang SALAH. Sebagai contoh untuk membubarkan ISA. Sepatutnya YAB PM telah mempunyai satu undang-undang baru yang telah di luluskan dan boleh di guna pakai. SOSMA 2012 menggantikan ISA. Semasa di umumkan pembubaran ISA SOSMA 2012 belum di luluskan.

Persoalan yang ingin saya sampaikan adakah SOSMA 2012 ini di terima dan di guna pakai untuk negara Malaysia secara keseluruhannya? Jika Jawapannya Ia, adakah semua Mahkamah di Malaysia berkemampuan dan bersetuju mengunakan perundangan tersebut. 

Malaysia selagi mempunyai perundangan yang sentiasa di pertikai dan tidak di patuhi selagi itu akan menyebabkan negara sentiasa di ancam dan diganggu gugat dari dalam negara. Kesempatan ini sentiasa di intai dan di kaji oleh musuh-musuh negara.

Harapan MTMR agar mereka yang duduk di sekitar PM buka mata luas-luas dan turun memantau keadaan rakyat. Naikkan gaji semua menteri rakyat tidak marah. Tetapi jangan kurangkan SUBSIDI minyak ini akan menyebabkan rakyat NAIK MINYAK !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.