Pages

Saturday, November 16, 2013

Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank didakwa Isnin ini

Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya yang ditahan pada 10 Nov di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor akan didakwa Isnin ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA, tidak menyatakan di mahkamah mana suspek akan didakwa.

Gempar : Ceroboh ruang udara Malaysia

Terakhir, TUDM bakal menerima secara berperingkat aset baru yang termoden dan berteknologi tinggi bagi memperkasa dan mempertingkatkan sistem persenjataan serta radar pertahanan udara negara. Tegas, sistem senjata dan radar ini mampu memantapkan pengawasan dan pertahanan udara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh pesawat asing.

TUDM menerima secara berperingkat aset baru yang termoden dan berteknologi tinggi bagi memperkasa dan mempertingkatkan sistem persenjataan serta radar pertahanan udara negara.Sistem senjata dan radar ini mampu memantapkan pengawasan dan pertahanan udara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh pesawat asing.

Rakyat Malaysia Gempar ruang udara di ceroboh.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Eksesais BERSAMA LIMA 2013 yang diadakan di Auditorium No. 18 Skn, Majlis tersebut turut dihadiri oleh pemerintah-pemerintah atasan dari negara-negara yang terlibat.

Gempar : Nik Aziz masuk Neraka !!! Lebih baik Melayu berpecah dari bersatu ?

PAS yg dulu bukanlah yg sekarang
Dulu pembangkang sekarang JEMBALANG.

Parti Rosak ( PR ) PAS, PKR,DAP Melayu tidak perlu bersatu. Baik berpecah memang itu ajinda PKM sehingga kiamat. Jadilah pengikut jembalang sebab masuk neraka adalah pilihan PR semua.

Agama Islam menyeru umatnya berpecah belah, bergaduh sesama sendiri agar boleh masuk Neraka. Hidup ini tidak perlu buat kebaikan. Buatlah kejahatan agar masuk Neraka. 

Bongkar MTMR akan bongkar manusia suka masuk NERAKA !!! Nik Aziz masuk Neraka.

TPPA : Kebocoran drafr di dedahkan.


KENYATAAN MEDIA 

KEBOCORAN DRAF TEKS UNTUK BAB HARTA INTELEK, TPPA 

Pada hari Rabu 13hb November 2013, draf kepada teks rundingan untuk Harta Intelek (IP) – salah satu daripada 29 bab yang paling hangat diperdebatkan dan kontroversi dalam Rundingan Perkongsian TransPasifik (TPPA) telah pun bocor dan diterbitkan di portal Wikileaks. (https://wikileaks.org/tpp/) 

Buat pertama kalinya, kita telah ditunjukkan tentang pendirian  kesemua 12 negara anggota TPPA di dalam buku cadangan setebal 95 halaman berhubung peraturan-peraturan IP yang akan mengambil alih segenap aspek kehidupan kita – daripada akses kepada ubat-ubatan dan rawatan, tatacara diagnostik, pembedahan dan rawatan terapeutik; pendidikan dan penyelidikan sehinggalah kepada hak peribadi dan akses kepada internet serta teknologi komunikasi. 

Kebocoran ini membuktikan bahawa amaran-amaran yang telah dikeluarkan oleh masyarakat sivil di Malaysia dan di negara-negara yang menganggotai TPPA sebenarnya berasas, tetapi seringkali dipandang sepi dan dituduh sengaja diperbesarkan oleh para pendukung TPPA. 

Kebocoran teks TPPA yang terbaru ini juga menjadi bukti bahawa dalang utama dibelakang TPPA adalah Amerika Syarikat yang diterajui dan dinasihati oleh sekumpulan kecil syarikat farmaseutikal, kimia, bioteknologi dan pemilik hakcipta bertaraf transnasional yang berterusan mendesak agar peruntukan yang lebih keras bagi perlindungan hakcipta dimaktubkan ke dalam undang-undang di setiap negara anggota TPPA; sekaligus mahu menghenyak hak asasi ratusan juta rakyat di rantau Asia Pasifik, termasuklah Malaysia. 



Cadangan-cadangan ini sekiranya diteruskan dan dipaksakan juga ke atas rakyat Malaysia, walaupun telah dibantah keras pelbagai pihak dari segenap sudut hanya akan menambah kesengsaraan rakyat yang mahu dinafikan hak kepada kos perubatan yang berpatutan, pelajaran, privasi, akses kepada internet dan teknologi komunikasi. 

Hak mereka sebagai pengguna akan disekat sehabisnya.  

Peruntukan IP yang dicadangkan Amerika jelas melampaui batasan peruntukan IP antarabangsa yang sedia ada- seperti Perjanjian Doha WTO ke atas TRIPS dan Kesihatan Awam, yang telah dimeterai oleh Malaysia serta negara anggota TPPA yang lain. 

Ubat-Ubatan: Cadangan-cadangan yang disenaraikan dalam draf teks yang telah bocor boleh memberi kesan terhadap: 

1. Menurunkan standard global untuk memdapatkan paten, dan memudahkan proses memfail paten di negara-negara membangun 
2. Memperluas terma dan syarat paten berbanding amalan semasa 
3. Memberi hak istimewa kepada pelopor inovasi farmaseutikal untuk  data ujian– dan memanjangkan tempoh perlindungan data ujian sebagai kaedah menghadkan pengeluaran dan bekalan ubatan generik yang lebih murah. 
4. Peruntukan khusus untuk ubatan, penyakit dan situasi istimewa seperti HIV/AIDS, tuberculosis, malaria atau kecemasan kebangsaan, dan tidak kepada semua jenis ubat-ubatan atau penyakit – termasuk kanser. 
5. Mendesak kerajaan untuk membenarkan proses mempaten kaedah pembedahan yang berupaya menyelamatkan nyawa. 
6. Mencetus ketidakpastian terhadap hak kerajaan untuk memberi lesen wajib untuk membekal ubat-ubatan penting. 

Hakcipta: Cadangan-cadangan yang disenaraikan dalam draf teks yang telah bocor boleh memberi kesan terhadap: 

1. Melanjutkan hak eksklusif penerbit untuk ‘copyright’ semua karya milik individu atau korporat melewati tempoh sedia ada 50 tahun kepada 95 tahun untuk korporat, 70 tahun selepas kematian pengarang, dan 120 tahun untuk karya yang belum diterbitkan. 
2. Menyekat keupayaan kerajaan untuk memberi pengecualian bertujuan menjaga kepentingan warganegara terutamanya apabila melibatkan pendidikan dan maklumat, kepentingan umum dan isuisu semasa 
  

Kaedah Melindungi Teknologi:  bab yang bocor boleh memberi kesan terhadap pengimpotan ke Malaysia, menyekat penggunaan  teknologi tertentu seperti mengunci dan membuka telefon mudah alih dan teknologi khusu untuk golongan cacat penglihatan. 

Kami ingin menarik perhatian bahawa didalam teks IP yang bocor, pasukan rundingan TPPA Malaysia dilihat banyak juga membantah usulusul yang mampu menjejaskan kepentingan rakyat seperti kesihatan, pendidikan, penyelidikan, aktiviti kebudayaan dan lain-lain. 
  
Walaubagaimanapun, haruslah diingat bahawa bab IP cuma satu daripada 29 bab yang telah dirunding dengan penuh rahsia, justeru sekiranya digabungkan kesemua bab rundingan, kesan buruknya sudah tentu berganda. 

Sebagai contoh: 

i. Usul terhadap penyelesaian pertikaian dalam lain-lain bab dalam TPPA membenarkankan kerajaan dan pelabur asing bagi keduadua negara mengambil tindakan saman di tribunal antarabangsa, tetapi tiada peluang untuk berbuat demikian didalam forum yang sama. 

ii. Usul ISDS didalam TPPA yang telah dipersetujui Malaysia dan kebanyakan negara lain membolehkan peabur asing menyaman  

kerajaan di mahkamah luar dari Malaysia untuk apa sahaja keadaan yang berpotensi menjejaskan pelaburan mereka, termasuklah unjuran keuntungan dan apa-apa tindakan yang perlu diambil kerajaan demi memelihara alam sekitar, kesihatan awam dan lain-lain. 

Intipati cadangan yang bercanggah dengan janji-janji Presiden Amerika Barack Obama ketika berkempen untuk memenangi kerusi presiden dan mempertahannya, terutamanya isu berkaitan HIV/AIDS. 

Kita sudah hampir tiba ke penghujung proses rundingan yang selama ini telah diselubungi misteri, pembohongan, salah tafsiran, paksaan secara sulit, dan cubaan membuta tuli menyokong kepentingan peribadi sekaligus mengabaikan masa depan rakyat dan kebajikan mereka. 

Namun begitu, kami masih menaruh harapan besar bahawa walaupun kesan buruk TPPA telahpun dibongkar dalam beberapa siri kebocoran yang lalu, episod terkini kebocoran draf teks TPPA ini akan menjadi titik tolak kepada berakhirnya kempen rundingan yang dahsyat ini.  Kami dengan ini mendesak agar semua pihak, terutamanya media dapat menainkan peranan dan menjadikan hari ini sembagai permulaan kepada perjanjian perdagangan yang lebih telus, jujur dan bertanggungjawab. 

  
Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH)