Pages

Saturday, November 16, 2013

Gempar : Ceroboh ruang udara Malaysia

Terakhir, TUDM bakal menerima secara berperingkat aset baru yang termoden dan berteknologi tinggi bagi memperkasa dan mempertingkatkan sistem persenjataan serta radar pertahanan udara negara. Tegas, sistem senjata dan radar ini mampu memantapkan pengawasan dan pertahanan udara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh pesawat asing.

TUDM menerima secara berperingkat aset baru yang termoden dan berteknologi tinggi bagi memperkasa dan mempertingkatkan sistem persenjataan serta radar pertahanan udara negara.Sistem senjata dan radar ini mampu memantapkan pengawasan dan pertahanan udara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh pesawat asing.

Sistem radar yang  dipasang di seluruh negara  mampu beroperasi setiap saat dan berupaya untuk melaksanakan tugas mengawas ruang angkasa negara tanpa mempunyai ruang kebolosan. Menurut seorang “blogger” sistem radar yang diterima iaitu model Ground Master 400 (GM400)  mampu mengesan dan mencari sasaran sejauh 390 – 420 km dengan ketinggian lebih dari 33,000 meter.

Perolehan pesawat-pesawat AEW pula akan memberi nilai tambah kepada usaha pengawasan udara negara kerana ia boleh bertindak sebagai “eye in the sky” atau “mobile air observation post”. Sistem radar “Erieye” yang dilapor  menjadi pilihan TUDM itu contohnya berkeupayaan mencari dan mengenal pasti pesawat “kawan” atau “lawan (IFF) pada jarak 350 km walaupun pesawat berada di kedudukan paras rendah. “Erieye” juga mampu mengesan dan menjejaki sasaran udara dan laut sehingga jarak 450km melepasi sempadan negara jiran.

GM 400 dan pesawat-pesawat AEW sebagai lapisan pertama kepada sistem pertahanan udara kita kerana kemampuan kedua aset mengesan objek pada sasaran yang jauh. Pada masa yang sama, walaupun ada pihak yang menganggap penggunaan sistem radar milik Tentera Darat (TD) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lagi “relevan” (kerana keupayaannya lebih terhad), kita masih boleh memanfaatkannya untuk menyokong fungsi GM 400 dan pesawat-pesawat AEW.

Itulah persepsi  dari sudut sistem radar bagi tujuan pengawasan ruang udara kita. Tetapi, pertahanan udara bukan setakat mengesan dan menjejaki pesawat-pesawat musuh yang menceroboh ruang udara negara. Sebaliknya, pertahanan udara turut merangkumi tindakan mengesan pesawat-pesawat asing yang bersikap “hostile” dan membayangi (shadowing), menghambat (pursuit) dengan tujuan mengusirnya keluar dari ruang udara negara atau memusnahkannya. Di sinilah peranan pesawat-pesawat pejuang milik TUDM sebagai lapisan kedua kepada sistem pertahanan udara kita.

Dalam konteks yang sama, walaupun dalam kemampuan yang terhad, TD dan TLDM juga mempunyai peranan dalam melindungi ruang udara negara. Rejimen Artilei Pertahanan Udara mempunyai aset yang tidak kurang canggihnya untuk memberikan bantuan dari segi tembakan pertahanan udara aras rendah (PUAR). Begitu juga dengan TLDM. Kapal-kapal TLDM yang dilengkapi dengan sistem persenjatan termasuk misil permukaan ke udara (SAM) boleh turut membantu peranan utama yang dimainkan oleh TUDM. Peranan oleh Rejimen Artileri Pertahanan Udara dan TLDM  sifatkan sebagai lapisan ketiga kepada sistem pertahan udara kita.

Begitulah gambaran  mengenai sistem pertahanan udara negara. Sebagai rumusannya, pada pandanganMTMR sistem pertahanan udara perlu bersifat ‘berlapis-lapis’ (multi-tiered). Kita tidak seharusnya meragui kemampuan lapisan pertama dan kedua untuk mengawasi dan mempertahankan ruang udara kita, tetapi kita tidak seharusnya mempunyai walau 1 peratus pun “margin of error” kerana peratusan yang sekecil itu mungkin memberikan impak yang besar kepada negara.

Tanggungjawab mempertahankan ruang udara juga perlu ditanggung secara bersama oleh TD, TLDM dan TUDM. Kecil atau besar tanggungjawab yang bakal dipikul oleh sesuatu perkhidmatan adalah perkara kedua kerana pembabitan ketiga-tiga perkhidmatan tersebut adalah konsisten dengan doktrin ‘peperangan bersama’ (jointness) yang diamalkan oleh ATM dewasa ini. Sehubungan dengan itu juga, pertahanan udara perlu ada unsur ‘kesepaduan’ (integrated) untuk membolehkan setiap aset pertahanan udara dimobilisasi dan ditempatkan di bawah satu sistem pemerintahan, kawalan, komunikasi dan perisikan (C3I).

Dalam suasana aman , amalan biasa yang dilakukan apabila berlaku pencerobohan ruang udara kita oleh pesawat negara asing ialah dengan menghantar ‘nota bantahan ‘ oleh Kementerian Luar Negeri kepada negara yang berkenaan . Keadaan dalam masa perang amat jauh bezanya. Kita perlu bertindak secara ofensif demi mempertahankan ruang udara kita sebagai salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.

Ada pendapat mengatakan “whoever rules the air, rules the ground”. Dengan adanya sistem pertahanan udara. MTMR rasa kita mampu menguasai ruang udara kita daripada sebarang bentuk ancaman luar demi mengekalkan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.