Pages

Monday, October 28, 2013

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Ops Cantas Khas: Polis Marin tahan 22 pesalah

Polis Marin berjaya menangkap sebanyak 22 individu dan barang rampasan bernilai RM305,000 sepanjang Op Cantas Khas yang diadakan di perairan empat buah negeri sejak 17 Oktober lalu.

Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Abdullah berkata, operasi melibatkan kawasan perairan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dan pihaknya telah memeriksa 3,935 individu termasuk penduduk tempatan dan warga asing.

PRK Sungai Limau: PAS Kedah mengaku gambar kempen palsu

YAN: PAS Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya adalah gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.
"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar berkenaan bukan asli dan PAS langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,"
kata Pengarah Operasi PAS bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.
Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.
Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.
Mengulas lanjut, Amiruddin berkata pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.
Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.
Katanya PAS Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.
Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen PAS, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita."
Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK DUN Sungai Limau.
Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.
Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd Idros Mohd Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut, berkata adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini.
Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.
Katanya Sinar Harian menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh PAS hari ini.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azam dan calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim. - BERNAMA