Pages

Monday, October 28, 2013

Ops Cantas Khas: Polis Marin tahan 22 pesalah

Polis Marin berjaya menangkap sebanyak 22 individu dan barang rampasan bernilai RM305,000 sepanjang Op Cantas Khas yang diadakan di perairan empat buah negeri sejak 17 Oktober lalu.

Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Abdullah berkata, operasi melibatkan kawasan perairan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dan pihaknya telah memeriksa 3,935 individu termasuk penduduk tempatan dan warga asing.



Selain itu, katanya sebanyak 488 jentera air termasuk bot, sampan, perahu dan kelong turut diperiksa.

"Kesemua tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan antaranya mengikut Akta Kastam, Akta Imigresen, Ordinan Perkapalan Saudagar, Akta Dadah Berbahaya, Akta Kawalan Bekalan dan Akta Bahan Letupan.

"Polis Marin telah memainkan peranan penting dalam operasi ini untuk membanteras kegiatan jenayah di perairan Kuala Perlis sehingga ke Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Polis Marin Pulau Indah di sini hari ini.


Anggota pasukan Polis Marin Wilayah Satu menyerbu ke atas sebuah bot asing ketika mengadakan Ops Cantas Khas (Perairan) bersama pasukannya di perairan Selat Melaka berhampiran Pelabuhan Klang hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.