Pages

Sunday, April 28, 2013

Lim Kit Siang melancarkan propaganda mendakwa PR menawan 7 negeri.



Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Raja Ratnam lebih Islam dari penyokong PAS.Terbukti penyokong PAS akan bertakbir dan bertepuk tangan.


Membiarkan bukan Islam memetik ayat-ayat AlQuran dan Hadith di pentas-pentas ceramah nampaknya terus menjadi budaya PAS dan setiap kali penceramah bukan Islam itu berbuat demikian,maka penyokong-penyokong PAS akan bertakbir dan bertepuk tangan gembira seolah-olah beliau sudah masuk Islam.Apa yang menggusarkan kita ialah,para penceramah bukan Islam tersebut selalunya tidak mampu menyebut ayat dengan betul dan tersalah pula menterjemah maksudnya.Sebagai seorang Islam,bergetarlah hati kita apabila ayat AlQuran disalah sebut dan salah-terjemah sedemikian dan kemudian disambut sebagai benar pula oleh yang mendengar.Melalui pengalaman sendiri,dalam beberapa insiden,mereka yang bertakbir dan bertepuk tangan mendengar ayat yang disalah-sebut dan salah terjemah itu,adalah golongan yang penulis cukup kenal sebagai ‘geng surau’ di kawasan perumahan penulis.Justeru,saya hairan,apakah ‘geng surau’ ini tidak tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh penceramah bukan Islam itu salah ??? Tidakkah hati mereka juga bergetar ?? Namun,itulah hakikatnya politik PAS yang menjual agama demi kuasa.Baru-baru ini perkara yang sama berlaku lagi di mana seorang penceramah beragama Hindu iaitu Raja Ratnam yang didatangkan khas dari Kelantan untuk ‘memperbetulkan akidah Islam orang-orang UMNO’ di Putrajaya.

Pendedahan Dr.Chandra Muzaffar Perisikkan Singapura ada bukti Anuwar liwat.

Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Perisian terkini.


Setiap berita perkembangan aplikasi yang terkini dengan pantas tetapi tidak bermakna bagi sesetengah aplikasi yang kurang popular tidak menarik untuk dikongsi bersama di sini. Terdapat banyak aplikasi perisian yang kurang popular tetapi menarik & amat membantu dalam kegunaan seharian kita.