Pages

Sunday, April 28, 2013

Lim Kit Siang melancarkan propaganda mendakwa PR menawan 7 negeri.



Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.
...
Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.

Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.

Itu matlamatnya, pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.

Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR, tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.