Pages

Sunday, December 8, 2013

Umno Johor garis 5 cabaran umat Islam

 Umno Johor garis 5 cabaran umat Islam

KUALA LUMPUR: Umno johor menggariskan lima kategori cabaran yang dihadapi umat Islam di Malaysia pada hari ini sekali gus menjadikan mereka lemah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalib Abd Rahman, berkata, lima cabaran itu adalah Penyelewengan Agama (Akidah dan Tauhid), kejahilan dan buta huruf, kemiskinan dan tidak menguasai ekonomi, penyakit (zahir dan batin) serta perpecahan, perseteruan, permusuhan, persengketaan dan perbalahan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, mengenai penyelewengan agama, akidah umat Islam di Malaysia telah diuji dengan pelbagai macam ujian, antaranya ialah kemunculan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya lagi, Umno Johor mencadangkan beberapa jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu iaitu:-

• Memberikan penerangan dengan secara profesional tentang akidah ASWJ (al-Asya’irah dan al-Maturidiah).

• Memberikan penerangan dan penjelasan tentang kebatilan dan kesesatan fahaman, pemikiran, dan aliran kepercayaan yang bertentangan dengan ASWJ seperti syiah, comango, liberalisme, pluralisme, al-Arqam, dan lain-lain.

• Memperhebatkan lagi kerja-kerja dakwah sehingga ke akar umbi melalui media massa dan elektronik secara profesional dan sistematik,

• Menubuhkan Institut ASWJ dengan peranannya yang lebih meluas (dalam konteks Negeri Johor, sebuah Institut yang dinamakan sebagai Institut Ahli Sunnah wal Jamaah telah ditubuhkan hasil usahasama Kerajaan Negeri Johor dengan UTHM.

• Menerbitkan buku-buku berkaitan ASWJ dan bahayanya aliran, fahaman dan anutan sesat dan menyeleweng daripada landasan ASWJ. 

• Menguatkuasakan undang-undang secara tegas dan berani ke atas mana-mana individu, NGO dan pihak yang menghina Islam selaku Agama Persekutuan Malaysia, juga bagi mereka yang mempersoalkan kedudukan Islam seperti Kalimah Allah, menghina Rasulullah, menghina al-Quran, menghina mahkamah syariah, menghina fatwa dan institusi Islam yang lain.

• Menggubal perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri iaitu Islam Agama Persekutuan dengan mengubah kepada “Islam Di Atas Dengan Pegangan ASWJ” (al-Asya’irah dan al-Maturidiah)

Mengenai kejahilan dan buta huruf, beliau berkata adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan bijaksana dan berhikmah.

Umno Johor mencadangkan beberapa perkara untuk mengatasi masalah itu antaranya: 

• Memperkasa Pendidikan Agama dari segi kurikulum, ko-kurikulum dan segala aspek berkaitan bagi mengatasi masalah ini, dengan menggunakan kitab-kitab turath (klasik) warisan para ulama terdahulu.

• Peranan Ibu-bapa. Ibubapa bertanggungjawab menghantar anak-anak ke sekolah agama selain sekolah kebangsaan. Ini bagi melengkapkan anak-anak dengan ilmu-ilmu fardhu ain yang lengkap agar dapat beramal untuk dirinya sendiri dan mengajarkannya kepada orang lain.

• Menyediakan program khas serta ruang dan peluang  kepada golongan yang bermasalah seperti golongan mat-rempit termasuk mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara. 

• Memperkasa dan memperhebat lagi peranan institusi masjid dan surau. Memperkukuhkan lagi institusi keluarga. 

• Memperhebat dan memperluaskan lagi program membudayakan al-Quran. 

Mengenai kemiskinan dan kelemahan pencapaian ekonomi, beliau berkata, ia merupakan suatu masalah yang sering dikaitkan dengan umat Islam, di dunia umumnya mahu pun di Malaysia khususnya.

Terdapat beberapa cara dalam mengatasi masalah itu iaitu:-

• Memberikan penerangan bahawa kemiskinan ini amat merbahaya kepada akidah dan kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu musuh Islam.

• Menerangkan kepada masyarakat  bahawa Islam menggalakkan umatnya kaya di dalam rukun Islam sendiri contohnya diwajibkan zakat dan haji. Kedua-duanya memerlukan dana dan kewangan yang mencukupi.

• Umat Islam perlu berusaha untuk menjadi pengeluar dan bukan pengguna (end-user) sahaja. 

• Memperkasakan lagi ekonomi umat Islam melalui pemerkasaan institusi harta Islam seperti zakat, wakaf dan baitulmal dengan pengurusan yang prosfesional. 

• Menubuhkan yayasan dan koperasi keluarga agar kekayaan dan kesenangan akan berterusan.

• Memperkasa kedudukan asnaf zakat dengan strategi memberi kail dan bukan memberi ikan. 

• Memperhebat dan memperkukuh lagi peranan saham wakaf. 

• Semua pihak yang terlibat dengan wakaf perlu bersedia untuk mengorbankan masa, harta dan jiwa untuk kepentingan ummah dan paling penting ialah perlu ada integriti sama ada luaran dan dalaman.

• Menolak segala kefasadan dan kerosakan yang mungkin berlaku disebabkan ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran wakaf.

• Perancangan strategik yang mampan perlu disediakan dan disiapkan agar akhirnya ia dapat merealisasikan projek-projek untuk kegunaan awam seperti perumahan kos rendah, universiti wakaf dan hospital wakaf.

Mengenai cabaran penyakit pula, beliau berkata pendekatan mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Antara beberapa langkah dan strategi ke arah kesihatan yang baik ialah:

• Memperhebat lagi kempen hidup sihat dan riadah.

• Mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak stres.

• Mengamalkan pemakanan sunnah dan halalan toiyiban.

• Penubuhan lebih banyak klinik, hospital wakaf.

• Menjauhkan diri daripada penyakit hati yang keji dan hina spt, hasad dengki, mengumpat, fitnah, bohong, mendedahkan aib orang lain, dan tidak menggunakan media baru untuk menyebar dusta. 

Mengenai cabaran perpecahan umat Islam pula, beliau berkata, perkara itu menjadi punca kepada lemahnya umat Islam. 

Justeru beliau mencadangkan beberapa langkah penyelesaian iaitu:

• Menjalinkan kesatuan, perpaduan, dan persaudaraan di atas Iman dan takwa.

• Dibolehkan perbezaan pendapat, namun perbezaan matlamat, objektif bagi mempertahankan agama, nyawa dan jiwa, akal fikiran, harta, maruah bangsa dan kedaulatan negara tidak dibolehkan sama sekali dan tiada kompromi.

• Bersatu dalam mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

• Mempertahankan Institusi raja sebagai ketua agama Islam bagi negeri-negeri dan SPB Yang Dipertuan Agong bagi negeri tidak beraja.

• Bersatu mempertahankan Akidah  Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah dan al-Maturidiah).

• Mengangkat martabat Mahkamah Syariah setanding dengan mahkamah sivil, sama ada skim perkhidmatan, logistik, infrastruktur, operasi dan keistimewaan-keistimewaan sivil.

• Bersatu dalam penggubalan Undang-undang untuk tujuan penambahbaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

• Bersatu menolak fahaman yang bercanggah dengan syara’, ideologi yang bercanggah dengan perlembagaan, fahaman ekstrem, melampau dan kekerasan.

• Bersatu menerima fahaman wasatiah (berimbang dan adil).

• Menerima sistem pilihanraya (yang menang adalah menang dan yang kalah tetap kalah) dan menolak revolusi menjatuhkan kerajaan dengan kekerasan dan tidak melalui pilihanraya.

• Menggunakan media massa dan media baru untuk tujuan kebaikan, perpaduan dan kesejahteraan dan bukan untuk perpecahan dan adu domba.
KUALA LUMPUR: Umno johor menggariskan lima kategori cabaran yang dihadapi umat Islam di Malaysia pada hari ini menjadikan mereka lemah. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalib Abd Rahman, berkata, lima cabaran itu adalah Penyelewengan Agama (Akidah dan Tauhid), kejahilan dan buta huruf, kemiskinan dan tidak menguasai ekonomi, penyakit (zahir dan batin) serta perpecahan, perseteruan, permusuhan, persengketaan dan perbalahan. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Katanya, mengenai penyelewengan agama, akidah umat Islam di Malaysia telah diuji dengan pelbagai macam ujian, antaranya ialah kemunculan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Katanya lagi, Umno Johor mencadangkan beberapa jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu iaitu:- 
 
• Memberikan penerangan dengan secara profesional tentang akidah ASWJ (al-Asya’irah dan al-Maturidiah). 
 
• Memberikan penerangan dan penjelasan tentang kebatilan dan kesesatan fahaman, pemikiran, dan aliran kepercayaan yang bertentangan dengan ASWJ seperti syiah, comango, liberalisme, pluralisme, al-Arqam, dan lain-lain. 
 
• Memperhebatkan lagi kerja-kerja dakwah sehingga ke akar umbi melalui media massa dan elektronik secara profesional dan sistematik, 
 
• Menubuhkan Institut ASWJ dengan peranannya yang lebih meluas (dalam konteks Negeri Johor, sebuah Institut yang dinamakan sebagai Institut Ahli Sunnah wal Jamaah telah ditubuhkan hasil usahasama Kerajaan Negeri Johor dengan UTHM. 
 
• Menerbitkan buku-buku berkaitan ASWJ dan bahayanya aliran, fahaman dan anutan sesat dan menyeleweng daripada landasan ASWJ. 
 
• Menguatkuasakan undang-undang secara tegas dan berani ke atas mana-mana individu, NGO dan pihak yang menghina Islam selaku Agama Persekutuan Malaysia, juga bagi mereka yang mempersoalkan kedudukan Islam seperti Kalimah Allah, menghina Rasulullah, menghina al-Quran, menghina mahkamah syariah, menghina fatwa dan institusi Islam yang lain. 
 
• Menggubal perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri iaitu Islam Agama Persekutuan dengan mengubah kepada “Islam Di Atas Dengan Pegangan ASWJ” (al-Asya’irah dan al-Maturidiah) Mengenai kejahilan dan buta huruf, beliau berkata adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan bijaksana dan berhikmah. 

Umno Johor mencadangkan beberapa perkara untuk mengatasi masalah itu antaranya: 
 
• Memperkasa Pendidikan Agama dari segi kurikulum, ko-kurikulum dan segala aspek berkaitan bagi mengatasi masalah ini, dengan menggunakan kitab-kitab turath (klasik) warisan para ulama terdahulu. 
 
• Peranan Ibu-bapa. Ibubapa bertanggungjawab menghantar anak-anak ke sekolah agama selain sekolah kebangsaan. Ini bagi melengkapkan anak-anak dengan ilmu-ilmu fardhu ain yang lengkap agar dapat beramal untuk dirinya sendiri dan mengajarkannya kepada orang lain. 
 
• Menyediakan program khas serta ruang dan peluang kepada golongan yang bermasalah seperti golongan mat-rempit termasuk mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara. 
 
• Memperkasa dan memperhebat lagi peranan institusi masjid dan surau. Memperkukuhkan lagi institusi keluarga. 
 
• Memperhebat dan memperluaskan lagi program membudayakan al-Quran. 
 
Mengenai kemiskinan dan kelemahan pencapaian ekonomi, beliau berkata, ia merupakan suatu masalah yang sering dikaitkan dengan umat Islam, di dunia umumnya mahu pun di Malaysia khususnya. 

Terdapat beberapa cara dalam mengatasi masalah itu iaitu:- 
 
• Memberikan penerangan bahawa kemiskinan ini amat merbahaya kepada akidah dan kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu musuh Islam. 
 
• Menerangkan kepada masyarakat bahawa Islam menggalakkan umatnya kaya di dalam rukun Islam sendiri contohnya diwajibkan zakat dan haji. Kedua-duanya memerlukan dana dan kewangan yang mencukupi. 
 
• Umat Islam perlu berusaha untuk menjadi pengeluar dan bukan pengguna (end-user) sahaja. 
 
• Memperkasakan lagi ekonomi umat Islam melalui pemerkasaan institusi harta Islam seperti zakat, wakaf dan baitulmal dengan pengurusan yang prosfesional. 
 
• Menubuhkan yayasan dan koperasi keluarga agar kekayaan dan kesenangan akan berterusan. 
 
• Memperkasa kedudukan asnaf zakat dengan strategi memberi kail dan bukan memberi ikan. 
 
• Memperhebat dan memperkukuh lagi peranan saham wakaf. 
 
• Semua pihak yang terlibat dengan wakaf perlu bersedia untuk mengorbankan masa, harta dan jiwa untuk kepentingan ummah dan paling penting ialah perlu ada integriti sama ada luaran dan dalaman. 
 
• Menolak segala kefasadan dan kerosakan yang mungkin berlaku disebabkan ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran wakaf. 
 
• Perancangan strategik yang mampan perlu disediakan dan disiapkan agar akhirnya ia dapat merealisasikan projek-projek untuk kegunaan awam seperti perumahan kos rendah, universiti wakaf dan hospital wakaf. 

Mengenai cabaran penyakit pula, beliau berkata pendekatan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Antara beberapa langkah dan strategi ke arah kesihatan yang baik ialah: 
 
• Memperhebat lagi kempen hidup sihat dan riadah. 
 
• Mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak stres. 
 
• Mengamalkan pemakanan sunnah dan halalan toiyiban. 
 
• Penubuhan lebih banyak klinik, hospital wakaf. 
 
• Menjauhkan diri daripada penyakit hati yang keji dan hina seperti, hasad dengki, mengumpat, fitnah, bohong, mendedahkan aib orang lain, dan tidak menggunakan media baru untuk menyebar dusta. 

Mengenai cabaran perpecahan umat Islam pula, beliau berkata, perkara itu menjadi punca kepada lemahnya umat Islam. Justeru beliau mencadangkan beberapa langkah penyelesaian iaitu: 
 
• Menjalinkan kesatuan, perpaduan, dan persaudaraan di atas Iman dan takwa. 
 
• Dibolehkan perbezaan pendapat, namun perbezaan matlamat, objektif bagi mempertahankan agama, nyawa dan jiwa, akal fikiran, harta, maruah bangsa dan kedaulatan negara tidak dibolehkan sama sekali dan tiada kompromi. 
 
• Bersatu dalam mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. 
 
• Mempertahankan Institusi raja sebagai ketua agama Islam bagi negeri-negeri dan SPB Yang Dipertuan Agong bagi negeri tidak beraja. 
 
• Bersatu mempertahankan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah dan al-Maturidiah). 
 
• Mengangkat martabat Mahkamah Syariah setanding dengan mahkamah sivil, sama ada skim perkhidmatan, logistik, infrastruktur, operasi dan keistimewaan-keistimewaan sivil. 
 
• Bersatu dalam penggubalan Undang-undang untuk tujuan penambahbaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. 
 
• Bersatu menolak fahaman yang bercanggah dengan syara’, ideologi yang bercanggah dengan perlembagaan, fahaman ekstrem, melampau dan kekerasan. 
 
• Bersatu menerima fahaman wasatiah (berimbang dan adil). 
 
• Menerima sistem pilihanraya (yang menang adalah menang dan yang kalah tetap kalah) dan menolak revolusi menjatuhkan kerajaan dengan kekerasan dan tidak melalui pilihanraya. 
 
• Menggunakan media massa dan media baru untuk tujuan kebaikan, perpaduan dan kesejahteraan dan bukan untuk perpecahan dan adu domba.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.