Pages

Sunday, December 1, 2013

Pulau Pinang : Pejabat Adun Jawi di Serbu

Soon Lip Chee (ADUN Jawi)
Peniaga Pasar Malam merasakan kekesalan terhadap Adun Jawi yang tidak ambil peduli masaalah mereka. Beberapa persoalan yang di timbulkan  antaranya :

1. Mana hak kami sebagai Peniaga Pasar Malam.
2. Mana YB semasa kami susah.
3. Kawasan Peniaga Pasar Malam, mana kami nak berniaga?
4. Tolonglah ! Selesaikan masalah kami.
5. Bela hak kami Peniaga Pasar Malam.

Kecoh apabila lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor menunjuk perasaan dihadapan pejabat ADUN Jawi (DAP), Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana tidak puas hati terhadap ADUN Jawi kerana tidak membenarkan berniaga dan menutup tapak pasar malam tersebut.
 

Dalam pada itu, arahan dibuat kepada pihak MPSP untuk mengambil tindakan jika sesiapa berniaga disekitar kawasan tersebut. Selain itu bantahan tersebut diadakan bertujuan untuk peniaga bersemuka dengan ADUN Jawi bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan.
Bantahan tersebut diketuai oleh Ahmad Zaini Abdullah bagi mewakili peniaga Pasar Malam Taman Bukit Panchor.

Kemelut itu bermula apabila peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor diarahkan oleh pihak pemaju Bukit Panchor Development Sdn Bhd untuk menghentikan operasi berniaga pasar malam bagi memberi laluan kepada pembangunan membina 20 unit rumah kedai ditapak pasar malam tersebut.

Setelah kawasan tersebut ditutup, para perniaga terpaksa berniaga ditepi jalan berhampiran dengan tapak lama tanpa sebarang kelulusan.

Oleh kerana tapak baru tidak mendapat sebarang kelulusan dari pihak berkuasa tempatan tindakan telah diambil kepada peniaga terlibat.

Berikutan kejadian itu, seramai 61 peniaga tidak dapat berniaga selama 6 bulan di kawasan tersebut hingga mengalami kerugian sebanyak RM400 hingga ke RM500 selain hilang punca pendapatan.

MTMR merasa sedih dengan kemelut yang di alami Peniaga Pasar Malam Dun Jawi. Nampaknya sebagai YB tidak perihatin dan tidak merasai kesengsaraan rakyat yang punca pendapatannya dengan hasil berniaga Pasar Malam.

Bayangkanlah sekiranya ketika itu rumah perlu di bayar, segala bil Api, bil Air kereta. Yang lebih perit sekiranya untuk makan atau susu anak kehabisan. Siapakah yang memikirkan masaalah mereka ini?  Jangan setakat jawatan sahaja tinggi tetapi rakyat di abaikan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.