Pages

Thursday, December 12, 2013

Perusuh terus diburu, Singapura haramkan alkohol

Pemangku Perdana Menteri, Teo Chee Hean, berkata polis menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lalu di Little India.

Katanya, siasatan akan diteruskan supaya mereka yang melanggar undang-undang dikendalikan 
dengan tegas dan adil selaras undang-undang.


“Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami mengharamkan alkohol. Polis menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa.

Teo, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri, berkata Jawatankuasa Penyiasat (COI) akan dibentuk menjelang hujung minggu ini.

"Kami akan sediakan nama dan terma rujukan dan ini akan membolehkan perhatian lebih mendalam terhadap insiden ini dan juga untuk menyemak prosedur semasa bagi pekerja asing berhimpun dan melihat sama ada perlu dilakukan penambahbaikan," katanya. - 
 Anggota keselamatan Singapura berkawal di kawasan rusuhan Ahad lalu. Gambar fail.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.