Pages

Wednesday, December 4, 2013

#PAU2013: Bena kekuatan, Jati diri UMNO....



"Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. 
Orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan 
mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka. "Bila kita diberi mandat, kita 
melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta 
menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil,"

Itulah antara petikan kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika 
merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan 
Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat 
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan sayap parti mengenai komitmen, kerjasama 
dan perpaduan yang harus diperkukuhkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan 
Barisan Nasional dalam PRU-14 yang disifatkan lebih mencabar.

Jangan diulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baharu. 
Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri 
benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati dan berusaha menangani kempen 
membenci UMNO dengan segera, katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.