Pages

Tuesday, December 17, 2013

Ops Sook Ching di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.

 
{Gambar Pasukan Pembela Tanah Air Indonesia yang Dilatih Jepun bagi Menentang Penjajahan Semula Belanda}


Memanjangkan kenyataan @[100000725040277:2048:Padi Jantn] perihal Ops Sook Ching (purging of Chinese) atau dalam bahasa Jepunnya Shingaporu Dai Kensho - Great Inspection of Singapore....

Ops Sook Ching ini merupakan satu pembunuhan beramai-ramai (massacre) yang dilakukan oleh Tentera Jepun terhadap kaum cina di Singapura semasa Perang Dunia Kedua... 

Sebaik sahaja Singapura ditawan, Masayuki Oishi Komander Kempetai Medan No 2, telah menjadikan bangunan YMCA di Stamford Road sebagai Ibu Pejabat Kempetai Cawangan Daerah Timur...

Kempetai telah menubuhkan Pusat Soal-Siasat di serata Singapura bagi mengumpulkan dan "menapis" semua lelaki Cina berumur 18 - 50 tahun, barangsiapa yang terkantoi sebagai atau dianggap sebagai Anti-Jepun akan dibunuh. Kadang-kala wanita dan kanak-kanak juga akan melalui penapisan ini.

Antara mereka yang akan "dibersihkan" ini antaranya adalah 
- Aktivis Bantuan Kemanusian China, 
- Penyumbang dana Perang China, 
- Keturunan Hainan yang dianggap komunis, 
- Cina yang datang selepas Perang Sino-Japanese, 
- lelaki cina yang bertattoo (dianggap gengster), 
- Cina yang menganggotai Tentera Sukarela ( Singapore Overseas Chinese Anti-Japanese Volunteer Army), 
- cina yang memiliki senjata api, 
- pegawai kerajaan atau yang tersenarai sebagai simpatisan British.

Mereka ini semua akan ditahan dan akan dibunuh di beberapa lokasi seperti Pantai Changi, Pantai Punggol dan di Sentosa. Laporan menyebutkan pada 28 Februari 1942, antara 300 ke 400 orang cina ditembak mati di Pantai Punggol oleh Skuad Penembak Hojo Kempei. Kebanyakkan mangsa dianggap Jepun sebagai ahli kongsi gelap kerana mempunyai tattoo.

Lee Kwan Yew menyatakan pada 6 Julai 2009 dalam satu temuramah dengan National Geographic bahawa sekitar 70,000 hingga 90,000 lelaki muda cina dibunuh oleh Jepun.

Pembunuhan beramai-ramai ini merupakan satu tindakan preventive dan preemptive oleh Jepun untuk mengelakkan penentangan orang Cina terhadap Jepun ekoran dari sentimen Perang Sino-Japanese. Orang-orang Cina di Malaya mempunyai sentimen dendam terhadap Jepun KERANA KEZALIMAN JEPUN TERHADAP BANGSA DAN TANAH AIR MEREKA.

Sentimen ini juga turut menyebabkan PKM - Parti Komunis Malaya yang punya hubungan rapat dengan Parti Komunis China sanggup BERKERJASAMA dengan British untuk menentang Jepun. Pada 18 Disember 1941, iaitu lebih kurang 2 bulan sebelum Singapura ditawan Jepun (15 Februari 1942), British dan PKM telah bersetuju untuk MEMPERTAHANKAN PENJAJAHAN BRITISH dengan bekerjasama menentang Jepun.

British telah membebaskan tahanan komunis di penjara malahan turut memberikan latihan peperangan gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.

British juga berjanji UNTUK MEMBENARKAN PKM BERPOLITIK SECARA SAH SELEPAS TAMAT PERANG yang mana tindakan ini bertentangan dengan Perjanjian dengan Raja-Raja Melayu iaitu British akan melindungi kedaulatan Raja-Raja Melayu terhadap negeri masing-masing.

Taktik "Bumi Hangus" yang dilaksanakan British ketika berundur ;- iaitu memusnahkan infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan keretapi, jentera perlombongan, jambatan, komunikasi, elektrik dll menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Kemerosotan tersebut bertambah parah apabila sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Jepun tidak menggalakan sebarang urusan perdagangan terutamanya perdagangan dengan Barat. Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam Tanah Melayu bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan membuat senjata perang. 

Pengeluaran Padi yang tidak mencukupi (yang mana ketika itu, kita sudah mula mengimport beras dari luar) menyebabkan Jepun memperkenalkan Padi Taiwan yang boleh ditanam dua kali setahun, malahan jepun juga mengalakkan penanaman ubi kayu, keledek, jagung dan lain-lain dengan tujuan dalam masa 3 tahun Tanah Melayu mampu menyara dirinya sendiri untuk bekalan makanan. Bantuan seperti subsidi benih, baja dan bantuan teknikal turut diberikan oleh Tentera Jepun.

Walaubagaimanapun, rancangan Jepun ini gagal kerana orang melayu terutamanya terpengaruh dengan propaganda British dan turut diugut oleh PKM sebagai ejen jepun. Memburukkan lagi keadaan apabila Jepun merampas hasil tanaman penduduk ini sehingga menyebabkan orang-orang melayu enggan menanam padi lagi.

Semasa Penjajahan Jepun ini, orang-orang Melayu menerima layanan yang lebih baik berbanding orang cina. Orang-orang cina tertindas kerana sentimen Anti-Cina akibat Perang Sino-Jepun. Mereka juga dianggap sebagai komunis yang MEMBANTU British. 

Orang-orang melayu dilayan dengan lebih baik, Dasar Niponisasi yang diamalkan oleh Jepun, menyebabkan pendidikan jepun diperkenalkan. Anak-anak muda Melayu juga dilatih menjadi tentera dengan alasan untuk berperang melawan British yang akan kembali kelak. Keadaan yang sama berlaku juga di Indonesia yang akhirnya menyebabkan Soekarno memproklamirkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945;- dua hari selepas Jepun menyerah kalah secara rasminya.

Jepun sebaik sahaja berjaya menawan Tanah Melayu dan Singapura juga membebaskan tahanan politik seperti seperti Ibrahim Yaacob dan anggota Kesatuan Melayu Muda, malahan Jepun telah menubuhkan semula KMM dan memberikan bantuan. Jepun turut menubuhkan Pembela Tanahair (PETA) yang mana ahli-ahlinya diberikan latihan ketenteraan. Jepun turut membantu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Keyakinan orang-orang Melayu terhadap Jepun semakin menebal kerana mereka dilantik ke jawatan-jawatan kanan pentadbiran seperti Pegawai Daerah dan lain-lain dan ini memberikan keyakinan kepada orang-orang Melayu untuk mentadbir sendiri negara ini.

Berbeza dengan orang Cina, orang-orang India diberi perhatian istimewa oleh tentera Jepun. Ini disebabkan hasrat Jepun untuk menyerang India yang menjadi kubu terakhir British di Asia.

Salah seorang pegawai tentera British berketurunan India turut berpaling tadah menyokong Jepun. Kapten Mohan Singh telah menubuhkan Azad Hind Fauj atau Tentera Pembebasan India dan telah berjaya menarik seramai lebih 40,000 tawanan dari kalangan tentera british berketurunan India untuk menyertai Tentera Pembebasan India.  Di Bangkok, Liga Kemerdekaan India di bawah pimpinan Rash Behari Bose ditubuhkan pada 15 Jun 1942. Mohan Singh dilantik menjadi Panglima tertinggi kepada Tentera Untuk Pembebasan India (Army of Liberation for India). Tentera Nasional India turut menyertai serangan Jepun ke atas Burma dan India dalam tahun 1944 dan berjaya mencatat kejayaan yang memberangsangkan, tetapi British menyerang balas dalam tahun 1944 dan memaksa INA dan Jepun berundur semula.

Semasa bulan Mei dan Jun 1945, kebanyakan pegawai dan anggota Tentera Nasional India termasuk Mohan Singh menjadi tawanan perang dan dibawa pulang ke India. Mereka dibebaskan selepas perang tamat bulan September 1945.

Tentera Nasional India yang ditubuhkan di Tanah Melayu, bagi memperjuangkan kemerdekaan India, Tentara Sukarela Pembela Tanah Air yang diketuai oleh Jeneral Sudirman di Indonesia juga ditubuhkan oleh Jepun untuk menghalau Belanda selepas perang, PETA juga ditubuhkan di Tanah Melayu diketuai oleh Leftenan Kolonel Ibrahim Yaacob juga bertujuan untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu...

Soalannya ; Mengapa Chin Peng yang berjuang untuk MEMPERTAHANKAN PENJAJAHAN BRITISH diangkat sebagai pejuang kemerdekaan???? Kerana British mungkir janji enggan membenarkan mereka terlibat secara sah dalam Politik Tanah Melayu, maka mereka melancarkan perang pula terhadap British..... Bukan kerana nak menuntut merdeka, tapi kerana British enggan membenarkan mereka berpolitik secara sah!!! 

Mengapa British mungkir janji??? Aku jawab selepas ada penyokong pembangkang seperti @[1450634169:2048:Ahmad Azri] jawab soalan kat atas....
{Gambar Pasukan Pembela Tanah Air Indonesia yang Dilatih Jepun bagi Menentang Penjajahan Semula Belanda}


Memanjangkan kenyataan Padi Jantn perihal Ops Sook Ching (purging of Chinese) atau dalam bahasa Jepunnya Shingaporu Dai Kensho - Great Inspection of Singapore.


Ops Sook Ching ini merupakan satu pembunuhan beramai-ramai (massacre) yang dilakukan oleh Tentera Jepun terhadap kaum cina di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.


Sebaik sahaja Singapura ditawan, Masayuki Oishi Komander Kempetai Medan No 2, telah menjadikan bangunan YMCA di Stamford Road sebagai Ibu Pejabat Kempetai Cawangan Daerah Timur.


Kempetai telah menubuhkan Pusat Soal-Siasat di serata Singapura bagi mengumpulkan dan "menapis" semua lelaki Cina berumur 18 - 50 tahun, barangsiapa yang terkantoi sebagai atau dianggap sebagai Anti-Jepun akan dibunuh. Kadang-kala wanita dan kanak-kanak juga akan melalui penapisan ini.


Antara mereka yang akan "dibersihkan" ini antaranya adalah

- Aktivis Bantuan Kemanusian China,

- Penyumbang dana Perang China,

- Keturunan Hainan yang dianggap komunis,

- Cina yang datang selepas Perang Sino-Japanese,

- lelaki cina yang bertattoo (dianggap gengster),

- Cina yang menganggotai Tentera Sukarela ( Singapore Overseas Chinese Anti-Japanese Volunteer Army),

- cina yang memiliki senjata api,

- pegawai kerajaan atau yang tersenarai sebagai simpatisan British.


Mereka ini semua akan ditahan dan akan dibunuh di beberapa lokasi seperti Pantai Changi, Pantai Punggol dan di Sentosa. Laporan menyebutkan pada 28 Februari 1942, antara 300 ke 400 orang cina ditembak mati di Pantai Punggol oleh Skuad Penembak Hojo Kempei. Kebanyakkan mangsa dianggap Jepun sebagai ahli kongsi gelap kerana mempunyai tattoo.


Lee Kwan Yew menyatakan pada 6 Julai 2009 dalam satu temuramah dengan National Geographic bahawa sekitar 70,000 hingga 90,000 lelaki muda cina dibunuh oleh Jepun.


Pembunuhan beramai-ramai ini merupakan satu tindakan preventive dan preemptive oleh Jepun untuk mengelakkan penentangan orang Cina terhadap Jepun ekoran dari sentimen Perang Sino-Japanese. Orang-orang Cina di Malaya mempunyai sentimen dendam terhadap Jepun KERANA KEZALIMAN JEPUN TERHADAP BANGSA DAN TANAH AIR MEREKA.


Sentimen ini juga turut menyebabkan PKM - Parti Komunis Malaya yang punya hubungan rapat dengan Parti Komunis China sanggup BERKERJASAMA dengan British untuk menentang Jepun. Pada 18 Disember 1941, iaitu lebih kurang 2 bulan sebelum Singapura ditawan Jepun (15 Februari 1942), British dan PKM telah bersetuju untuk MEMPERTAHANKAN PENJAJAHAN BRITISH dengan bekerjasama menentang Jepun.


British telah membebaskan tahanan komunis di penjara malahan turut memberikan latihan peperangan gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.


British juga berjanji UNTUK MEMBENARKAN PKM BERPOLITIK SECARA SAH SELEPAS TAMAT PERANG yang mana tindakan ini bertentangan dengan Perjanjian dengan Raja-Raja Melayu iaitu British akan melindungi kedaulatan Raja-Raja Melayu terhadap negeri masing-masing.


Taktik "Bumi Hangus" yang dilaksanakan British ketika berundur ;-
 
iaitu memusnahkan infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan keretapi, jentera perlombongan, jambatan, komunikasi, elektrik dll menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Kemerosotan tersebut bertambah parah apabila sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. 
 
Jepun tidak menggalakan sebarang urusan perdagangan terutamanya perdagangan dengan Barat. Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam Tanah Melayu bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan membuat senjata perang.


Pengeluaran Padi yang tidak mencukupi (yang mana ketika itu, kita sudah mula mengimport beras dari luar) menyebabkan Jepun memperkenalkan Padi Taiwan yang boleh ditanam dua kali setahun, malahan jepun juga mengalakkan penanaman ubi kayu, keledek, jagung dan lain-lain dengan tujuan dalam masa 3 tahun. 

Tanah Melayu mampu menyara dirinya sendiri untuk bekalan makanan. Bantuan seperti subsidi benih, baja dan bantuan teknikal turut diberikan oleh Tentera Jepun.


Walaubagaimanapun, rancangan Jepun ini gagal kerana orang melayu terutamanya terpengaruh dengan propaganda British dan turut diugut oleh PKM sebagai ejen jepun. Memburukkan lagi keadaan apabila Jepun merampas hasil tanaman penduduk ini sehingga menyebabkan orang-orang melayu enggan menanam padi lagi.


Semasa Penjajahan Jepun ini, orang-orang Melayu menerima layanan yang lebih baik berbanding orang cina. Orang-orang cina tertindas kerana sentimen Anti-Cina akibat Perang Sino-Jepun. Mereka juga dianggap sebagai komunis yang MEMBANTU British.


Orang-orang melayu dilayan dengan lebih baik, Dasar Niponisasi yang diamalkan oleh Jepun, menyebabkan pendidikan jepun diperkenalkan. Anak-anak muda Melayu juga dilatih menjadi tentera dengan alasan untuk berperang melawan British yang akan kembali kelak. 

Keadaan yang sama berlaku juga di Indonesia yang akhirnya menyebabkan Soekarno memproklamirkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945;- dua hari selepas Jepun menyerah kalah secara rasminya.


Jepun sebaik sahaja berjaya menawan Tanah Melayu dan Singapura juga membebaskan tahanan politik seperti seperti Ibrahim Yaacob dan anggota Kesatuan Melayu Muda, malahan Jepun telah menubuhkan semula KMM dan memberikan bantuan. 

Jepun turut menubuhkan Pembela Tanahair (PETA) yang mana ahli-ahlinya diberikan latihan ketenteraan. Jepun turut membantu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.


Keyakinan orang-orang Melayu terhadap Jepun semakin menebal kerana mereka dilantik ke jawatan-jawatan kanan pentadbiran seperti Pegawai Daerah dan lain-lain dan ini memberikan keyakinan kepada orang-orang Melayu untuk mentadbir sendiri negara ini.


Berbeza dengan orang Cina, orang-orang India diberi perhatian istimewa oleh tentera Jepun. Ini disebabkan hasrat Jepun untuk menyerang India yang menjadi kubu terakhir British di Asia.


Salah seorang pegawai tentera British berketurunan India turut berpaling tadah menyokong Jepun. Kapten Mohan Singh telah menubuhkan Azad Hind Fauj atau Tentera Pembebasan India dan telah berjaya menarik seramai lebih 40,000 tawanan dari kalangan tentera british berketurunan India untuk menyertai Tentera Pembebasan India. 
 
Di Bangkok, Liga Kemerdekaan India di bawah pimpinan Rash Behari Bose ditubuhkan pada 15 Jun 1942. Mohan Singh dilantik menjadi Panglima tertinggi kepada Tentera Untuk Pembebasan India (Army of Liberation for India). 

Tentera Nasional India turut menyertai serangan Jepun ke atas Burma dan India dalam tahun 1944 dan berjaya mencatat kejayaan yang memberangsangkan, tetapi British menyerang balas dalam tahun 1944 dan memaksa INA dan Jepun berundur semula.


Semasa bulan Mei dan Jun 1945, kebanyakan pegawai dan anggota Tentera Nasional India termasuk Mohan Singh menjadi tawanan perang dan dibawa pulang ke India. Mereka dibebaskan selepas perang tamat bulan September 1945.


Tentera Nasional India yang ditubuhkan di Tanah Melayu, bagi memperjuangkan kemerdekaan India, Tentara Sukarela Pembela Tanah Air yang diketuai oleh Jeneral Sudirman di Indonesia juga ditubuhkan oleh Jepun untuk menghalau Belanda selepas perang, PETA juga ditubuhkan di Tanah Melayu diketuai oleh Leftenan Kolonel Ibrahim Yaacob juga bertujuan untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu...


Soalannya ; Mengapa Chin Peng yang berjuang untuk MEMPERTAHANKAN PENJAJAHAN BRITISH diangkat sebagai pejuang kemerdekaan???? Kerana British mungkir janji enggan membenarkan mereka terlibat secara sah dalam Politik Tanah Melayu, maka mereka melancarkan perang pula terhadap British. Bukan kerana nak menuntut merdeka, tapi kerana British enggan membenarkan mereka berpolitik secara sah!!!


Mengapa British mungkir janji??? Aku jawab selepas ada penyokong pembangkang seperti Ahmad Azri jawab soalan kat atas.
 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.