Pages

Monday, December 9, 2013

Oldham: Berasmara Wanita Ketakut

Ramai wanita biasanya takut dengan labah-labah tetapi warga tempatan, Sofia Birch takut melakukan hubungan seks, lapor media di sini semalam.

Wanita berusia 21 tahun ini bekerja di sebuah pasar raya menghidap ‘genophobia’ - merujuk kepada perasaan takut kepada hubungan fizikal lelaki dan wanita.

Juruwang berkenaan berkata, dia mengalami keadaan itu secara tiba-tiba sedangkan tidak pernah ada masalah dengan perkara itu ketika menjalin hubungan dengan teman lelakinya.

Birch mengakui takut akan hidup sendirian selepas teman lelakinya yang dikenali sejak kecil, Ian Barrow, memutuskan hubungan kerana hubungan asmara mereka terhenti lebih tiga tahun.

Sophia memberitahu akhbar Daily Star: “Saya mungkin tidak akan dapat menjalin hubungan lagi selepas ini.

Takut, tak selesa
 
“Hanya memikirkan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki menyebabkan saya takut dan tidak selesa.

“Saya menjalin hubungan seks seperti orang lain tiga tahun lalu apabila tiba-tiba saja saya tidak dapat melakukannya pada satu hari.

“Selepas beberapa tahun tidak melakukannya, Ian meninggalkan saya.

“Cuma, saya sekarang menaruh harapan untuk keadaan kembali seperti sebelum ini. Saya mahu berasmara semula,” katanya.

Birch berasa ketakutan untuk melakukan seks hingga tidak sanggup menonton adegan romantik dalam filem atau televisyen. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.