Pages

Sunday, December 1, 2013

Mutakhir: Najib tiba di Melaka rasmi Perhimpunan Agung MIC

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak tiba di sini sebentar tadi untuk merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-67 di sebuah hotel di sini.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
 
Mesyuarat Agung MIC bermula semalam dengan pemilihan kepimpinan Pusat yang menyaksikan Palanivel dan Datuk Seri Dr S Subramaniam masing masing kekal menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tanpa bertanding.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.