Pages

Monday, December 9, 2013

Kes bunuh pegawai AmBank: Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapkan 24 Januari

Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapkan 24 Januari pengurusan kes bunuh pegawai AmBank  
TERTUDUH kes bunuh pegawai AmBank, La Ode Ardi Rasila dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, selepas mahkamah menetapkan 24 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan. - Foto Roslin Mat Tahir
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 24 Januari ini sebagai tarikh pengurusan kes pembunuhan pegawai AmBank dan rompakan bersenjata di cawangan bank itu di Subang Jaya, selepas kes itu dipindahkan untuk dibicarakan di sini.

Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hanis Dzatul Akhmar Zulkefli, menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut dihadapannya pagi tadi.
 
Peguam S Selvi yang mewakili tertuduh, La Ode Ardi Rasila, ketika ditemui, berkata tarikh itu bagi membolehkan pembelaan menerima dokumen berkaitan kes itu.

Pada 19 November lalu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh Norazita Abu Talib, 37, di Bangunan AmBank, Nombor 5 & 7, Jalan USJ Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, Selangor antara jam 6 dan 6.30 petang 23 Oktober 2013.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, melakukan rompakan dan pada masa sama melepaskan tembakan daripada senjata api jenis "Pump Gun" dengan niat menyebabkan kematian Norazita di tempat, masa dan tarikh yang sama.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.