Pages

Friday, November 22, 2013

SEREMBAN: Mayat di temui di tepi jalan

Mayat seorang wanita, dipercayai mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

"Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 7.30 pagi. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina," katanya kepada Bernama.

Zainal berkata, mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.