Pages

Friday, November 22, 2013

POLIS YAKIN WANITA TAIWAN YANG DICULIK SELAMAT

21 Nov (Bernama) -- Polis yakin wanita rakyat Taiwan yang diculik di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lepas berada dalam keadaan selamat.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu berdasarkan rakaman percakapan polis bersama kumpulan yang disyaki menculik wanita itu baru-baru ini. Beliau berkata polis meneruskan kerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina dalam usaha menyelesaikan kes itu.

"Kami yakin wanita itu selamat kerana kami telah mendapat rakaman percakapan dengan penculik, dan pegawai-pegawai saya kini berada di Manila untuk berbincang dengan pihak berkuasa Filipina.

"Kami juga berhubung dengan wakil Taiwan di Filipina. Kami akan melakukan apa sahaja untuk memastikan wanita itu selamat, itu sahaja maklumat yang boleh kami berikan setakat ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid mengulangi permintaannya agar media tidak menyebarkan maklumat mengenai latar belakang mangsa culik atas faktor keselamatan wanita itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.