Pages

Monday, November 25, 2013

Pengorbanan Seorang Ayah demi Anak akhirnya hanyut dibawa arus deras


Pasir Gudang: “Saya lihat ayah terjun ke laut untuk selamatkan adik yang terjatuh dan ketika itu ayah pegang tali dihulurkan rakannya.

“Beberapa saat kemudian, ayah terlepas tali itu menyebabkan dia dan adik hanyut dibawa arus deras,” kata Nurul Umairah Abdul Talib, 11, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, Abdul Talib Mohd Hadhari, 42, dan anak bongsunya, Muhammad Taufik, 8, dikhuatiri lemas selepas kedua-duanya hilang ditelan arus deras.

Abdul Talib terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Muhammad Taufik yang tergelincir sebelum terjatuh ke dalam laut ketika berada di rumah rakit Kampung Tanjung Langsat, Pasir Putih di perairan Tanjung Langsat, di sini.
Foto
OPERASI mencari dan menyelamat Abdul Talib dan Muhammad Taufik giat dilaksana di perairan Tanjung Langsat.
Foto
NURUL Umairah menceritakan detik cemas kepada Abidah.

Abdul Talib bertugas sebagai penyelia di sebuah kilang Tebrau 4, Taman Daya dan Muhammad Taufik murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.