Pages

Wednesday, November 20, 2013

JOHOR : Mencatatkan Kes Tertinggi Pelaburan Industri menunjukkan UMNO/BN mendapat kepercayaan Pelabur.

Buat pertama kalinya nilai pelaburan Johor sehingga Ogos 2013 mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu RM8.8 bilion. Jumlah ini sebenarnya jauh meninggalkan jumlah pelaburan negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing mencatatkan sejumlah RM5.6 bilion, RM3.49 bilion dan RM1 bilion. Penunjuk ekonomi yang telah dikeluarkan oleh MIDA ini, jelas memaparkan bahawasanya pelaburan domestik dan luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap keutuhan ekonomi negeri, malah mereka menaruh harapan yang besar untuk melihat penjanaan kekuatan ekonomi yang berterusan dan dipertingkatkan lagi.


Percaya semua ini terhasil kerana Johor bukan sahaja menawarkan pakej-pakej rangsangan pelaburan yang menarik malah lebih dari itu Johor telah mengenal pasti sumber kekuatannya baik dari segi kedudukan yang strategik di laluan perdagangan, kepelbagaian sumber ekonomi, tenaga manusia terlatih, prasarana lengkap dan keseimbangan pembangunan wilayah-wilayah Iskandar.

Kerajaan Negeri akan lebih selektif di dalam pemilihan pelaburan di Negeri Johor demi memastikan ianya bukan sahaja dapat menjamin malah turut meningkatkan kualiti peluang pekerjaan dan tahap pendapatan yang lebih baik kepada rakyat Negeri Johor.

4 perkara yang menjadi kriteria Kerajaan Negeri di dalam pemilihan aspek pelaburan ;

1. Pelaburan tersebut harus berupaya memberikan nilai tambah terhadap kepelbagaian ekonomi Johor. Kepelbagaian sumber ekonomi Negeri Johor adalah perlu bagi mengelakkan kebergantungan terhadap bidang tertentu bagi memastikan ekonomi negeri berdaya tahan apabila dilanda krisis di dalam sesuatu sektor.

2. Ia mesti menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan yang bermutu dan dapat mempertingkatkan kemahiran pekerja tempatan.

3. Ia haruslah mesra alam sekitar dan mendukung konsep pembangunan lestari.

4. Penekanan akan diberikan kepada pelaburan berteraskan teknologi terkini, yang akhirnya diharap akan membantu syarikat-syarikat tempatan mendapat manfaat melalui pemindahan teknologi. Pelaburan-pelaburan tersebut mestilah mampu mempertingkat amalan terbaik dalam pasaran buruh seperti kadar upah dan hak pekerja yang sesuai dengan piawaian antarabangsa.
Tahniah Kepada Menteri Besar Johor.  Semoga Johor lebih makmur dan seksama aman damai. Semoga MB  di beri kesihatan panjang Umur dan di murahkan rezeki. MTMR sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada MB Johor.

Perjuangan MTMR " MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH " PERJUANGAN BARU BERMULA.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.