Pages

Monday, November 25, 2013

Dr Mahathir dibenar keluar IJN

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 November lalu kerana jangkitan dada.

Menurut kenyataan pejabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri yang memberikan tindak balas baik kepada rawatan, keluar dari Wad Am IJN pada 10.30 pagi dengan diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
 
"Beliau (Dr Mahathir) bagaimanapun perlu meneruskan program senaman dan fisioterapi beliau," menurut kenyataan itu.
Semasa menerima rawatan di IJN, Dr Mahathir, 88, menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 November dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 November. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.