Pages

Wednesday, November 27, 2013

BATU PAHAT - 18 wanita asing ditahan, Imigresen serbu 3 pusat urutan Bogel




Tiga pusat urutan yang menyediakan urutan seks termasuk tukang urut wanita berbogel dengan bayaran serendah RM50 di Jalan Mohd. Khalid, di sini diserbu pihak berkuasa petang semalam.

Serbuan pukul 5.30 petang itu dilakukan oleh pegawai dan anggota Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri menerusi Ops 6P selepas hasil risikan dan aduan orang ramai.

Ketua operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan 18 wanita warga asing iaitu lapan Thailand dan 10 China berusia antara 20 hingga 45 tahun.

Menurutnya, sebelum serbuan dilakukan beberapa penguat kuasa Imigresen telah menyamar sebagai pelanggan untuk membongkar khidmat seks yang ditawarkan premis tersebut seperti urutan badan ke badan dan menggunakan tukang urut bogel.

"Semasa serbuan dilakukan, terdapat pelanggan yang dikenakan bayaran RM60 untuk khidmat urutan mengghairahkan cuba melarikan diri apabila terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.

"Berdasarkan risikan, tukang urut wanita itu dipercayai akan membelai pelanggan untuk membangkitkan keghairahan mereka sebelum meminta bayaran tambahan RM50 untuk khidmat seks di premis sama," katanya di sini semalam.

Khairulanuar berkata, siasatan awal mendapati wanita warga asing itu memasuki negara ini sejak beberapa bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Peraturan 11(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Peraturan 11 (7) (a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Kesemua wanita terbabit ditahan di Depoh Pekan Nanas, Pontian untuk tindakan selanjutnya termasuk penghantaran pulang ke negara masing-masing," katanya sambil menegaskan pihaknya akan meneruskan operasi seperti itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.