Pages

Wednesday, November 27, 2013

Apabila Pengkhianat berhidmat dengan Negara?

Sebagai Kakitanggan Penjawat Awam tidak sepatutnya mempunyai sikap prejudis kepada kerajaan. Terutamanya kakitanggan yang melibatkan pasukan keselamatan negara. Suka tidak suka sebagai kakitanggan kerajaan seharusnya memegang erat taat setia kepada kerajaan yang memerintah.
Beginikah sikap seorang Prajurit/Laskar yang menjunjung tinggi sumpah setia kepada negara. Waktu sekarang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Suka tak suka kena ikutlah rentak dan caranya. Sekiranya ada permasaalahan jumpa dan terangkan apa yang terbuku di hati. Atau buat surat hantar kepada Jabatan Perdana Menteri.

Adakah patut seorang Perdana Menteri dituduh memperdagangkan nyawa Angkatan Tentera Malaysia? Seorang Perdana Menteri di tuduh memperjudikan kedaulatan negara? Seorang Perdana Menteri menipu rakyat jelata? Seorang Perdana Menteri di tuduh menghabiskan duit rakyat? Kenyataan saudara Mubin Salim ini merupakan ungkapan pengkhianat dan pembelot negara. Kerana beliau di khabarkan bekerja sebagai Anggota Tentera Laut.

Adakah pertuduhan-pertuduhan ini berasas? Jika tidak ini merupakan Fitnah kepada Perdana Menteri Malaysia. Adakah juga Saudara Mubin Salim selalu mendengar ceramah dari sebelah pihak sana, menyebabkan terpengaruh dengan cerca merba meresap ke dalam jiwa sanubari. Hitam akal fikiran tenggelam punca tanpa dapat melihat kebajikan dan kebaikan apa yang kerajaan telah peruntukkan kepada Pasukan Keselamatan Negara.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.