Pages

Sunday, November 24, 2013

Akhirnya LCW ke suku akhir di Hong Kong

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata bukan tandingan buat rakan senegara, Chong Wei Feng selepas dia berjaya mengesahkan slot ke suku akhir Terbuka Hong Kong.

Tampil selaku pilihan pertama, Chong Wei membuktikan dia masih belum ada pencabar untuk menggugat statusnya selaku jaguh negara apabila menewaskan Wei Feng 21-13, 21-18 dalam tempoh hanya 27 minit di pusingan kedua di Kowloon, malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Wei Feng gagal dalam percubaan ketiganya untuk mengatasi Chong Wei selepas turut kecundang ketika Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia dan Terbuka Jepun tahun lalu.

“Wei Feng menunjukkan peningkatan, jika kita lihat dalam tiga kejohanan sebelum ini terutama ketika separuh akhir Terbuka China menentang Chen Long. Di Terbuka Denmark dia tewas kepada Tanongsak Saensombuksook (Thailand), tetapi menang di Terbuka China.

Chan-Goh turut mara

“Jadi, saya harap Wei Feng dapat kekalkan prestasi kerana tahun depan kita akan hadapi empat kejohanan utama iaitu Piala Thomas, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia. Jika dia terus pamer prestasi seperti sekarang, ia bagus untuk skuad negara menghadapi empat kejohanan berkenaan,” kata Chong Wei.

Chong Wei yang dalam misi memburu gelaran ketiga Terbuka Hong Kong akan membuat perhitungan dengan pilihan keenam kejohanan, Jan O Jorgensen di suku akhir hari ini selepas dia menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-14, 21-14 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang bergelut dengan prestasi tidak menentu turut mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Jerman, Michael Fuchs-Birgit Michels 22-20, 22-20.

Gandingan itu akan bertemu Chris Adcock-Gabrielle White di suku akhir selepas beregu England itu menewaskan rakan senegara, Andrew Ellis-Lauren Smith.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.