Mungkin untuk menutup malu kerana satu dunia sudah tahu betapa korup dan jahatnya DAP sehingga sanggup menipu ahli sendiri dan memanipulasi pemilihan CEC, maka Tony Pua kini menyalak-nyalak tidak tentu hala. Akibat tidak tahu di mana hendak diletak muka penipunya, tidak semena-mena UMNO, ROS dan Utusan Malaysia pula menjadi sasaran Tony Pua untuk disalak.
Pemilihan CEC menjadi kecoh apabila 753 perwakilan membuat aduan kepada ROS kerana tidak menerima notis mesyuarat sekali gus dinafikan hak mengundi. DAP cuba berdolak dalih, malah menipu kononnya 500 dari mereka ada menghantar surat memberitahu tidak dapat hadir. Bagaimanapun, DAP tidak berjaya memperdayakan sesiapa memandangkan mereka tidak mampu membuktikan surat tersebut wujud. Lagipun, DAP juga tidak mampu menjawab kenapa para perwakilan itu membuat aduan kepada ROS jika benar telah memberitahu lebih awal yang mereka tidak akan hadir.
Akhirnya, DAP terpaksa akur dan membuat pemilihan semula pada 29 September lepas. Pemilihan semula ini sekali gus mengesahkan yang DAP telah berlaku tidak telus dalam pemilihan awal.
Justeru, kita tidak faham kenapa UMNO, Utusan Malaysia atau ROS pula yang dimarahi DAP. Sudah menjadi lumrah permainan politik di mana musuh akan mengeksploit kelemahan dan keburukan lawan dan itulah yang dilakukan oleh UMNO. Utusan Malaysia hanya bertindak melaporkan kejadian, manakala ROS pula memberi arahan berdasarkan aduan perwakilan DAP sendiri. Mana-mana manusia yang waras akan memahami kronologi mudah ini.
Tetapi, seekor anjing seperti Tony Pua, tentunya tidak faham apa-apa dan hanya menyalak apabila diperintah tuannya. Kita faham yang tuan Tony, iaitu Lim sekeluarga kini sedang menahan malu atas apa yang telah dilakukan mereka. Lebih malu lagi apabila pemilihan semula menyaksikan undi mereka merosot, walaupun lebih ramai perwakilan tidak hadir berbanding pemilihan awal, dan walaupun begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir.
Maka, Tony ditugaskan untuk membuat bising menyalak memanggil ROS and Utusan sebagai anjing dan UMNO sebagai tuan anjing. Kita faham kenapa Tony membayangkan seolah-olah semua jabatan dan organisasi penguatkuasaan adalah di bawah telunjuk kerajaan, iaitu kerana DAP sememangnya mengimpikan sistem sedemikian.
Dari apa yang kita lihat, sekiranya DAP berkuasa sepenuhnya, semuanya pasti berada di bawah telunjuk Lim sekeluarga dan tiada lagi kebebasan bersuara sebenar-benarnya. Buktinya, DAP telah beberapa kali menghalang kebebasan akhbar yang tidak sealiran dengannya.
Namun, Tony sepatutnya tahu bahawa UMNO dan kerajaan BN bukan seperti DAP. Selama ini kerajaan tidak pernah masuk campur dalam apa-apa urusan penguatkuasaan seperti mahkamah, polis, SPR mahupun ROS. Buktinya, pemimpin UMNO sendiri pernah ditangkap dan dipenjara. Malah, UMNO itu sendiri pernah diharamkan oleh ROS.
Apakah Tony lupa sejarah itu ataupun sememangnya tidak pernah tahu? UMNO telah terpaksa didaftarkan semula walaupun ia merupakan parti yang memerintah. Bukankah ini merupakan bukti yang cukup kukuh mengenai ketelusan dan tahap professional UMNO dan kerajaan?
Oleh itu, jika DAP ingin menyuruh anjing mereka menyalak, sekurang-kurangnya biarlah kena pada tempatnya. Sudahlah keluarga Lim sedang berhadapan dengan malu besar akibat menipu dalam pemilihan CEC dan juga akibat undi merosot, kini terpaksa malu sekali lagi apabila anjing mereka menyalak tak henti-henti memberitahu orang betapa bodohnya keseluruhan kepimpinan DAP itu.
Isunya mudah saja iaitu yang mengadu adalah ahli-ahli/perwakilan DAP, jadi jika ada ‘anjing’ yang terlibat dalam isu ini maka anjing itu tentulah dari dalam DAP sendiri. ROS hanya menjalankan tugas. Apakah DAP inginkan ROS berbuat bodoh saja jika ada ahli-ahlinya yang mengadu? Apakah Utusan Malaysia perlu berbuat bodoh juga apabila mendapat berita sensasi seperti ini?
Sampai bila DAP akan sedar bahawa bukan semua orang bodoh dan bukan semua orang tidak telus seperti mereka?
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.