Pages

Sunday, October 20, 2013

Terkini:Terkejut Datuk Mukhriz Mahathir.

CALON Naib Presiden UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab soalan media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013. - Foto Zef Othman
Datuk Mukhriz Mahathir menjawab soalan media.

Calon Naib Presiden dalam pemilihan UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir berpuas hati atas sokongan yang diberikan perwakilan sehingga membolehkan beliau memberikan saingan sengit kepada penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Ini adalah pertama kali saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Apabila dilihat sokongan berdasarkan undi yang diperolehi, ia adalah satu kejutan buat diri saya," katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika menjawab soalan media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.