Pages

Friday, October 25, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : PAS Membidas MB Kedah.

YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mempersoalkan keikhlasan pemimpin PAS yang berkempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sama ada mereka berkempen untuk diri sendiri atau untuk parti.

"Semua sedia maklum pemilihan parti itu akan diadakan pada bulan depan, jadi hadirnya pemimpin mereka menjadi tanda tanya, adakah untuk memenangkan calon atau kempen diri mereka sendiri.
 
"Berbeza dengan kita (BN), pemimpin kita yang menang dan kalah bersama-sama di sini membantu calon untuk menang. Kita sudah letak ke tepi semua yang kita buat ketika musim kempen pemilihan UMNO dan sekarang ini 100 peratus tumpuan kita kepada pilihan raya," katanya pada sidang media di Pusat Gerakan BN Sungai Limau di sini, sebentar tadi.


Mengulas dakwaan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa kekalahan Mukhriz untuk jawatan Naib Presiden UMNO baru-baru ini akan memberi impak kepada PRK Sungai Limau, beliau berkata kesemua bahagian di Kedah memberikan kemenangan solid kepadanya.
"Di Kedah, saya dapat solid 15 bahagian, dari segi populariti tidak boleh dipertikaikan. Jadi, saya ingin menyumbang dan berkongsi populariti sekiranya ada untuk memenangkan calon BN pada kali ini," katanya.
MTMR merasakan PRK Sg.Limau bakal menguburkan puak Syiah di Malaysia. Kerana puak-puak inilah yang banyak memecah belahkan perpaduan Orang Melayu Islam. Jadi kepada pengundi khususnya orang melayu Islam, Undilah UMNO/BN kerana Malaysia masih negara Islam.
Salam Persahabatan dari MTMR. Bukan untuk di julang bukan untuk di dendang.

 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.