Pages

Wednesday, October 16, 2013

Mutakhir : UMNO Wadah jenerasi Muda ? Berani Berubah !!!

“Orang muda perlukan pemimpin yang bercakap, berfikir dalam gelombang yang sama dengan mereka, pemimpin yang boleh jadi tempat mereka mengadu. Pemimpin muda juga boleh jadi perantara di antara pimpinan atasan dengan ahli dan generasi muda di luar parti, sekali gus merapatkan jurang di antara dua kelompok itu,”


Langkah itu bukan saja dapat memperkukuhkan konsep inklusif yang mahu diterapkan pucuk pimpinan dalam parti, tetapi juga mampu mengikis tanggapan negatif generasi muda yang menganggap UMNO bukan saluran sesuai untuk membawa suara mereka. 

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini menunjukkan sokongan generasi muda kian meresahkan, sedangkan golongan itu yang menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding.

“Bila generasi muda nampak ada pemimpin yang boleh melayan dan mendengar masalah mereka, ada tarikan untuk mereka sertai UMNO. Sedikit ruang itu juga perlu untuk pemimpin pelapis melonjakkan karier dalam politik. Bila orang muda nampak UMNO memberi ruang itu, lebih ramai akan mendekati dan berjuang bersama UMNO,”

UMNO tidak boleh berpecah belah semata-mata kerana pemilihan kepemimpinan kerana cabaran lebih hebat menunggu pada PRU-14 akan datang.

Kepada ahli UMNO, ingat bahawa tidak ada ‘amaran terakhir’ kali kedua. Kita tak boleh ambil mudah, tiada masa untuk kita bercakaran sesama sendiri dan jangan ingat UMNO tak boleh kalah (PRU). Jadi, persiapan untuk PRU-14 perlu digerakkan segera selepas pemilihan kali ini selesai,”

MTMR sekadar mengingatkan kepada diri sendiri. Sayangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Kepada Allah Berserah. Selamat Hari Raya Korban.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.