Pages

Wednesday, October 23, 2013

KRISIS DAP SEMAKIN KRITIKAL, PAKATAN BAKAL HANCUR?

Pergolakan dalaman parti rasis Dap nampaknya bukan semakin reda tetapi perkembangan mutakhir menunjukkan parti itu kemungkinan akan berkubur tidak lama lagi.

Tindakan ketua pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka, Goh Leong San yang juga Adun Duyong daripada Dap merupakan antara krisis terbaru yang membelenggu parti itu.

Lebih parah lagi langkah yang sama di ambil oleh seorang lagi Adun Dap dari Bachang Lim Jak Wong yang turut meletak jawatan sebagai ketua whip pembangkang sebagai tanda sokongan terhadap langkah Goh.


Semuanya berpunca daripada kritikan beberapa pucuk pimpinan parti terhadap pujian Goh terhadap Ketua Menteri Datuk Idris Haron berhubung sifat kepimpinannya semasa ucapan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri.

Ucapan Goh yang memuji Idris sebagai seorang ketua menteri yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik tidak disukai oleh pimpinan pusat Dap.

Melaka yang dahulunya merupakan pusat kuasa dinasti Lim sejak lebih 40 tahun kini menghadapi pemberontakan pimpinan lapisan baru terhadap cengkaman kuku besi mereka.

Sejak isu penyelewengan dalam proses pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu, keadaan politik dalaman Dap menjadi semakin kritikal.

Pemilihan semula terbaru lewat September lalu juga tidak menyelesaikan masalah hidup mati parti itu.

Ini kerana tindakan Dap itu melanggar peraturan tubuh parti itu yang menyatakan pemilihan semula perlu diadakan melalui kongres nasional bukannya kongres khas seperti mana yang dilakukan.

Kemungkinan juga keputusan pemilihan semula Dap juga tidak akan diterima pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang telah menasihati supaya mengikut perlembagaan parti.

Walaupun Dap mempunyai ramai peguam yang handal seperti Karpal Singh namun atas sifat sombong dan bongkak mereka, semua yang dilakukan difikirkan betul dan malah ROS juga harus tunduk kepadanya.

Keputusan pemilihan semula yang sangat diharapkan oleh keluarga Lim juga menjadi mimpi ngeri bagi mereka.

Pemimpin veteran Lim Kit Siang yang sentiasa mengungguli mana-mana keputusan pemilihan parti selama ini kini terpaksa menelan pil pahit apabila jatuk ke tangga kedua kepada seorang pemimpin muda, Liew Chin Tong.

Anak Kit Siang yang juga setiausaha agung parti, Guan Eng mengalami nasib yang lebih malang apabila merudum ke tangga kelima.

Malah Chin Tong yang menang kerusi parlimen Kluang pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu kini diwar-warkan sebagai calon bagi menggantikan Guan Eng pada masa depan.

Mungkin dengan kemelut yang membelenggu Dap kini, kemungkinan Guan Eng digantikan menjadi bertambah nyata.

Hakikatnya anggota peringkat akar umbi dan pimpinan dari kalangan lama dan baru Dap sudah meluat terhadap sikap diktator yang menjadi amalan dinasti Lim sejak parti itu ditubuhkan.

Dap diperintah dan dikawal Kit Siang dan keluarganya seperti sebuah parti komunis di mana tidak ada kebebasan bersuara.

Dap ditonjolkan sebagai parti berbilang kaum dengan slogan 'Malaysian Malaysia' tetapi keputusan pemilihan CEC Disember lalu dan juga pemilihan semula tidak langsung menggambarkan sifatnya sebagai parti majmuk.

Malah tidak ada langsung calon Melayu yang memenangi sebarang kerusi di dalam CEC sekali gus membuktikan parti itu sebagai rasis dan anti-Melayu.

Kalau ada pun calon Melayu ianya adalah kerana rasa kasihan dan sikap hipokrit, malah Dap tidak mampu membeza antara Melayu tulen dan Melayu celup apabila memilih Zairil Abdullah, anak tiri Khir Johari sebagai anggota CEC.

Disebabkan penipuan Dap sudah terserlah, sekutu pakatan pembangkang, Pas, kini sudah menyedari bahawa selama ini mereka telah tertipu.

Kerjasama politik atau tahalul siyasi yang dijadikan asas kepada justifikasi pas berkerjasama dengan PKR dan Dap kini sudah dipersoalan.

Ada pemimpin Pas seperti ketua dewan ulama, Haron Taib sudah berani menyarankan agar prinsip tahalul siyasi bersama kedua parti itu dikaji semula.

Cadangan beliau itu mendapat respons daripada ramai pimpinan parti pelbagai peringkat dan kemungkinan besar isu itu akan menjadi topik hangat pada muktamar parti itu bulan depan.

Walaupun pakatan pembangkang berjaya menambah kerusi parlimen pada PRU13 namun ia bukan menjadi semakin kuat tetapi semakin goyah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.