Pages

Friday, October 25, 2013

Johor : Kastam Tahan Rakyat India Rampas Dadah.

Jabatan Kastam Johor menahan dua lelaki warganegara India dan merampas 3.3 kilogram dadah bernilai kira-kira RM600,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, dekat sini.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 3.45 petang Isnin lalu, pasukan keselamatan menemui enam bungkusan plastik kertas lutsinar dalam dua beg lelaki berkenaan.
 
Pengarah Kastam Johor, Rumainor Sarif, berkata, seorang daripada suspek bekerja sebagai penyelia restoran di Sungai Besi sejak lima tahun lalu, manakala seorang lagi baru pertama kali datang ke negara ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.