Pages

Saturday, October 26, 2013

INFO : Apa itu kelebihan GST Part 2

 
Apakah kelebihan dan kebaikan GST Kepada Negara dan rakyat Malaysia.

1. GST tidak merangkumi makanan, bahan dan perkhidmatan asas.

2. GST merupakan 'cukai kepenggunaan' (consumption tax). Maknanya sekiranya barangan atau perkhidmatan itu digunakan banyak kali, maka ianya berkadar terus.

3. GST merupakan hasil kepada Kerajaan yang lebih langsung berbanding dengn cukai pendapatan, samada pada individu atau korporat yang hanya boleh dikutip setahun sekali apabila pengisytiharan dibuat kepada LHDN.


4. GST adalah senjata mengurangkan defisit tahunan bagi negara yang ekonominya sedang berkembang dan memerlukan lebih imbuhan sektor awam untuk memacu pertumbuhan dan imbangan bagi program pembangunan sosio-ekonomi.

5. GST sesuai bagi menampung perbelanjaan mengurus berjumlah RM211b dan pembangunan bernilai RM46b, yang sebelum ini bergantung kepada cukai langsung (cukai pendapatan dari LHDN) sebanyak RM125b dan cukai tidak langsung (cukai import/eksais/levi/jualan/perkhidmatan) sebanyak RM33b setahun (angka 2012).

6. GST juga bagi mengimbangi pergantungan pada hasil dari Petronas/hidro karbon dan pendapatan dari kos-melepas dari pelepasan cukai pendapatan dari program program projek perintis seperti pelaburan dalam kawasan ekonomi baru seperti RAPID, ECER dan SCORE

7. GST Contoh tambahan penjelasan  cukai tidak langsung RM33b merupakan hasil yang dikutip Kastam DiRaja bagi 2012. 

Pada pandangan MTMR perkara yang di bincangkan di atas dapat memantap dan mapan pendapatan serta kecekapan Negara Malaysia untuk kelangsungan menerejah WAWASAN 2020.

Apa yang perlu di tekankan adalah penguatkuasaan dan pengawalan serta pemantauan rapi bagi mengelakkan peluang-peluang salahlaku culas untuk membayar cukai dapat di elakkan. MTMR  percaya GST ini baik untuk Negara dan rakyat. Kerana negara-negara maju telah berpuluh tahun melaksanakan GST di negara mereka.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.