Pages

Sunday, September 1, 2013

ISU TPPA KONTROVERSI KEPADA NEGARA.

Gambar sekadar renungan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kelmarin diberikan penerangan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang menimbulkan kontroversi.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penerangan diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak itu membolehkan ahli MT memahami pelbagai aspek pro dan kontra serta implikasi jika Malaysia menandatangani TPPA itu.

 
“MT ada membincangkan TPPA. Kami sudah diberikan penjelasan mengenainya... ahli MT semakin jelas dengan apa yang dimaksudkan sebagai TPPA,” katanya selepas mesyuarat MT, di sini kelmarin.

Perjanjian yang dalam proses rundingan itu membabitkan 12 negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan serius sebelum memutuskan untuk menandatangani TPPA dengan meletakkan kepentingan negara sebagai agenda utama.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun negara tidak menandatangani TPPA, Malaysia tetap mampu berkembang dari segi perdagangan antarabangsa kerana Malaysia sudah sekian lama menjadi negara perdagangan dan nilai dagangan negara juga meningkat setiap tahun daripada negara mempunyai pendapatan perkapita cuma AS$350 (kira-kira RM1,330) meningkat hingga AS$9,000 (kira-kira RM34,200) perkapita.

Dr Mahathir berkata, Malaysia bakal terdedah kepada jualan mata wang tempatan kerana kawalan ke atas kadar pertukaran tidak dibenarkan di dalam TPPA.
Najib sebelum ini menegaskan, Malaysia hanya menandatangani TPPA jika terma perjanjian itu menguntungkan dan memberi manfaat kepada negara.
 
Persoalannya siapakah yang memberi penerangan kepada PM yang kita sayangi sebelum ini? Siapa yang melantiknya bagi menerangkan kepada PM kita? Jika TPPA itu baik kepada negara mengapa tidak di dedahkan kepada rakyat apa isi kandungan perjanjian tersebut.

Sumber mengatakan perjanjian tersebut seperti berat untuk negara dan terlalu sedikit kepentingan bagi menguntungkan negara. Malahan dari sumber juga mengatakan terdapat beberapa negara telah keluar dengan tidak menandatanggani perjanjian tersebut sebagai contoh negara jiran kita Thailand dan Indonesia. Kajian yang di buat di Negara seperti New Zealand juga berpendapat mengatakan terlalu sedikit menafaat dan untung kepada negaranya?
 
Sekadar pandangan dan pendapat penulis MTMR ( Malaysia Transformasi Minda Rakyat ) Jgn sain lah apa2 perjanjian dgn AS...hutang dlm & luar negara diaorg cecah USD14 TRILLION, nnt dilambakkan segala produk mereka kat kita, habis musnah pengusaha kecil & sederhana...x RUGI pn x ada apa2 perjanjian dgn AS ni...negara diaorg bkn nya kuat mana pn...dh nak BANKRAP x lama lg...jg negara kita elok2, jgn GADAI kan ms depan ank bangsa

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.