Pages

Wednesday, September 25, 2013

GAMBAR EKSLUSIF @NajibRazak SILICON VALLEY

Perdana Menteri Malaysia adalah diantara mereka yang telah mencuba kereta tanpa pemandu oleh Google.


Google telah membangunkan perisian dan teknologi untuk kereta tanpa pemandu mereka, dan mengujinya secara dalaman.
Kini, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan Google akan membangunkan kereta automatik tanpa pemandu mereka itu sendiri, dan bukannya bekerjasama dengan pengeluar lain.

Ia dikatakan, untuk beberapa bulan lepas, Google telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengeluar untuk membangunkan kereta mengikut spesifikasi yang ditetapkan Google.
Langkah ini diambil oleh Google setelah perbincangan dengan pengeluar kereta untuk mengintegrasikan teknologi mereka pada kenderaan tidak begitu berjaya.

Google juga dijangka akan menawarkan kereta automatik mereka kepada pengguna seawal tahun 2017 kelak.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia bukanlah sesuatu yang baru, dimana untuk telefon, tablet dan juga komputer riba, mereka sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar, dimana mereka hadir dengan rekaan dan spesifikasi peranti, sebelum ia menjadi rujukan kepada pengeluar lain.

Terbukti bahawa ianya benar dan salah seorang yang telah mencuba ada DS Najib Razak sendiri. 
Bangga mempunyai Perdana Menteri yang up-to-date dengan perkembangan terkini baik dari segi media sosial hinggalah mencuba kereta terbaru ini. Bukan mencuba benda yang dilarang macam pemimpin sebelah sana.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.