Pages

Saturday, August 31, 2013

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!



SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 56..SEMOGA KEBEBASAN..KEAMANAN..KEKUATAN.TERUS MENJADI MILIK KITA.

TANAH INI..

tanah ini..tanah berdaulat..
dicangkul..diratah..Ia tetap memberikan khidmat..
disini kita berpijak..disni kita berbumbung.....
tetap Ia terima..menjadi rumah untuk kita bernaung..
Ia menonton..
anak2nya membesar di celah pepohon..
yg bernama keamanan..
dgn mata tuanya yg tersenyum tenang penuh sayang..

Airmatanya pernah luruh..
Saat Ia dirogol penuh rakus..
satu persatu tangan bergentayangan..
merobek segala ketenangan..
dan Ia menangis melihat anak2nya yg tumbang..
demi Ia yg sangat disayang..

tangisan gembiranya..saat ia merdeka..
menyembunyi sejuta luka..
kerana tanpa pengetahuan mereka yg beransur leka..
ada darah sepi mengalir..tersorok di sebalik kebebasannya..

kemerdekaan ini..katanya wahai anak2ku..
di awalnya kau bertatih..takut akan apa yg menunggumu..
keran perjalanan di hadapan nampak berliku..
kau takut andai kau tersembam kerana tiada sesiapa memegang tanganmu..
di pertengahan ini..
kau sudah mula berlari atas keyakinan diri..
Aku takut kau terlupa akan jambatan ini..
lalu terjatuh tak sedarkan diri..
dan Aku memerhati..
apa kau mampu sampai di hujung nanti..
dengan penuh gulana di hati..
takut kau tidak sempat ke destinasi..

tanah ini tanah berdaulat..
rumah kita berijtihad..
dan demi sumpah keramat..
kita teguhkan tekad..
kerana hanya dengan bersama dalam saf yg rapat..
mampu kita menghalang apa saja yg menggugat.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.