Pages

Friday, August 30, 2013

Amerika Syarikat ucap tahniah sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56.

Malaysia menerima ucapan tahniah daripada Amerika Syarikat (AS)sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 esok.


Setiausaha Negara Amerika, John Kerry dalam kenyataan yang dihantar melalui Kedutaan Amerika di sini hari ini berkata:"Bagi pihak Presiden (Barack) Obama dan rakyat Amerika Syarikat, saya amat berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 pada 31 Ogos.

"Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia di seluruh dunia," katanya.

Beliau berkata AS berbangga menggelar Malaysia sebagai rakan kongsi dan rakannya, sambil menambah, hubungan sekian lama antara rakyat kedua-dua negara kini lebih dekat berbanding sebelum ini melalui inisiatif seperti program Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright, hubungan universiti yang berkembang dan kerjasama saintifik yang ditingkatkan.

"Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Keusahawanan Global pada 11 dan 12 Okt akan mengumpulkan bersama penginovasi, usahawan, kerajaan, sektor swasta dan ahli akademik dari seluruh dunia dan akan membantu golongan muda kita untuk berjaya," katanya.

Kerry berkata hubungan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara yang kukuh telah sekian lama memberi manfaat kepada Amerika dan Malaysia dan akan terus meraih faedah pada masa depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.