Pages

Saturday, May 18, 2013

TERKINI! AKHIRNYA CUBAAN MALUKAN DS @NajibRazak GAGAL!

Seronoknya lidah rasmi PAS, Haprak HarakahDaily apabila dapat laporan yang negatif tentang DS Najib Razak.


Tetapi malangnya, seperti biasa lidah rasmi PAS itu tidak buat homework tentang isu yang mereka laporkan sendiri. Akhirnya, Haprak HarakahDaily tampak lebih haprak dan semakin tidak dipercayai.

Ironinya, laporan murahan lidah rasmi ini dimainkan juga oleh beberapa blogger pro-pembangkang tanpa mereka mahu tahu kesahihan laporan tersebut.

Di antara laporan murahan media pembangkang :
Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
Obama nafikan laporan Status People!
“Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3.
Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari)
Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.
Realitinya, StatusPeople telah meletakkan disclaimer tentang ketidaktepatan produk mereka, Fake Follower Check.

Mereka mengaku Fake Follower Check hanya tepat jika seseorang itu mempunyai kurang daripada 50,000 followers dan terbaru kepada 100,000 followers sahaja.

Sila baca di bawah :
How accurate is it? 
For those of you with 50,000* followers or less we believe our tool will provide a very accurate insight into how many inactive and fake followers you have. 
If you're very, very 'popular' the tool will still provide good insight but may better reflect your current follower activity rather than your whole follower base. 



Sila baca juga kenyataan di bawah :
There isn't a definitive way to determine fake Twitter accounts. A spokesperson for Twitter said that a large number of active Twitter users might not send out a large amount of tweets, but use Twitter to follow accounts they are interested in and to "consume content" available on Twitter. So, while these accounts look like they're fake, they might actually be real accounts.

However, Mashable has written that some of these figures may be wrong. "Update: As Mashable reader Michael Bauser pointed out in the comments below, the tool works by analyzing up to 1,000 random followers, generating occasionally mixed  results." 
Rob Waller of StatusPeople's wrote in an email to Mashable that "Obviously our scores are more accurate for those with smaller follower bases simply because it would be impossible to crunch all the follower data that Obama has in a reasonable manner via the Twitter API...We released an update to our tool on Wednesday to make our App more accurate for those with larger follower bases. "
Yang pasti, DS Najib Razak mempunyai lebih daripada 1.5 juta followers.



Jumlah 1,584,100 followers Najib Razak itu sudah pasti lebih daripada limitasi Fake Follower Check yang hanya tepat jika kurang daripada 100,000 followers sahaja.

Kata mudah, laporan Fake Follower Check tentang twitter Najib Razak adalah tidak tepat langsung!

MiM sarankan kepada Haprak HarakahDaily dan blogger pro-pembangkang itu supaya lain kali lebih menggunakan akal fikiran dan buat homework dahulu. 

Jika tidak, mereka tampak silly dengan content laporan yang murah seperti laporan di atas.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.