Sepanjang kempen pilihan raya, tentera siber atau cyber trooper
betul-betul menggila. Mereka menyerang siapa saja yang menggunakan alam
maya khasnya mereka yang memihak kepada kerajaan. Jika ada saja berita
atau maklumat mengenai sesuatu perkara, tentera siber ini akan memintas
dan menyatakan apa saja mengikut suka hati mereka. Mereka bukan saja
mengherdik dengan kata nista tapi juga maki hamun dengan kata-kata yang
tak sepatut. Jika seseorang menyatakan sokongan atau memuji kerajaan,
mereka akan diserang bertubi-tubi.
Banyak laporan polis dibuat
bagi mereka yang mendapat ugutan yang bukan-bukan. Lebih buruk anak bini
dijadikan sasaran. Mereka akan menyerang sehinggakan seseorang itu
takut dan berasakan dirinya terancam. Inilah perang psikologi yang wujud
dalam internet hari ini.
Apa yang menyedihkan ialah golongan sebelah sana mengatakan mereka
menuntut demokrasi. Tetapi, setelah rakyat diberi kebebasan untuk
menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu hal, khasnya soal politik,
mereka ini diugut.
Apakah ini cara yang betul sedangkan merekalah yang memperjuangkan keadilan? Semua ini menjelaskan bahawa mereka yang menggunakan internet juga tidak bersikap demokratik. Mereka hanya melihat kesalahan orang lain, tetapi tidak kesalahan diri sendiri.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.